Saturday, July 5, 2014

Dua beranak berkongsi jual ginjal secara haram


utusan malaysia terkini

Dua beranak berkongsi jual ginjal secara haram


indah.com

Dua beranak berkongsi jual ginjal secara haram

  5/7/14
   
Gambar hiasan

  Seorang lelaki dan anak tirinya ditangkap di Pnhom Penh kerana bersekongkol menjadi pengantara penjual haram ginjal manusia. Mereka menjadi pengantara kepada penderma yang mahu menjual ginjal kepada  pesakit di Hospital Bangkok . Untuk mengelabui orang ramai , mereka mengusahakan  kafe secara kecil-kecilan di Phnom Penh, Kamboja. Mereka kedua  ditangkap  setelah salah seorang dari lima mangsa  melaporkan kepada  polis , demikian  Bangkok Post melaporkan pada Khamis  3/7/2014 .

Demikian kenyataan Ketua Polis Phnom Penh, Lieutenant Colonel Keo Thea di pejabatnya. Kata polis , pasangan  itu bernama Nhem Phalla berusia 40 tahun dan anak tirinya, Yem Azisas berumur 29 tahun.

Thea melanjutkan, kes jual-beli ginjal haram memang sudah merebak bertahun-tahun. Kes ini bersangkutan  jaringan perdagangan manusia pula.

Nhem dan Yem, kini dalam penyiasatan polis  . Mereka menjadi perantara bagi pesakit penderita gagal ginjal di Thailand. Harga ginjal di pasaran gelap mencapai 10,000 dollar AS (325,000 bath) hingga 13,000 dollar AS.

Rupanya, kedua bapak dan anak itu tidak amanah. Para mangsa yang sudah  menjual ginjal mereka ternyata cuma mendapat 5,000 dollar AS seorang. "Satu mangsa berusia 15 tahun  mengaku cuma mendapat duit 3,000 dollar AS," terang Keo Thea.

Lazimnya, orang-orang Kamboja yang terpedaya dengan kira bicara duit itu masuk ke wilayah Thailand dengan dokumen palsu. Melalui orang tengah, keduanya dipertemukan. Transaksi pun terjadi.

Walaupun demikian, hingga berita ini disiarkan, polis  Kamboja masih melakukan penyiasatan  kes. Kedua  suspek, besar kemungkinan, akan dipenjara   hingga 15 tahun  






No comments:

Post a Comment