Sunday, June 1, 2014

Keluarga bimbang kes Riduan ulangi tragedi Natrah


utusan malaysia terkini

Keluarga bimbang kes Riduan ulangi tragedi Natrah


indah.com

Keluarga bimbang kes Riduan ulangi tragedi Natrah

ASLANI M | 02 Jun 2014.
KOTA BHARU: Seorang saudara baru Muhammad Riduan Abdullah, 45 kini berdepan saat getir apabila Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan anaknya yang membesar dalam suasana Islam diserah kepada bekas isterinya beragama Hindu.

Hakim Lee Swee Seng memberi tempoh sehingga 6 Jun ini untuk menyerahkan anaknya, Ummu Habibah, 6, dan sekiranya tidak berbuat demikian dianggap sebagai menghina mahkamah.

Hakim terbabit juga memerintahkan Riduan membayar RM30,000 sebagai kos mahkamah dan RM5,000 kos mengesannya selepas waran tangkap dikeluarkan.

Bagaimanapun beliau tidak hadir pada perbicaraan itu atas faktor keselamatan.

Keluarga angkat Riduan di sini berkata, mereka bimbang keputusan hakim tersebut boleh mengundang tragedi Natrah yang pernah berlaku pada 1950 di Singapura.

Pada peristiwa berdarah itu orang Melayu segenap negeri di semenanjung datang ke Singapura bagi membantah keputusan mahkamah merampas Natrah daripada ibu angkatnya, Che Aminah selepas menganut Islam.

Natrah nama asalnya Bertha Hertogh diberi oleh ibunya kepada Che Aminah ketika berlaku pendudukan Jepun di Indonesia.

“Saya bimbang apabila anak yang sudah Islam diberi semula hak penjagaan kepada ibunya beragama Hindu menyebabkan Islam yang sudah sebati dalam dirinya luntur.

“Masyarakat Islam di negara ini tidak boleh memandang enteng isu tersebut kerana ia melibatkan masalah aqidah yang perlu dipertahankan,” katanya yang mahu dikenali sebagai Ustaz Zaini.

Riduan nama asalnya K Patmanathan menganut Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian ketiga-tiga anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), Abu Bakar (Karan Dinish), 16 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 17 turut diIslamkan.

Ekoran itu pada 29 September 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak jagaan kekal selepas Riduan mengislamkan ketiga-tiga anaknya.

Bagaimanapun hampir enam bulan kemudian iaitu 11 Mac 2010 Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh pula memutuskan hak penjagaan tiga beradik itu diserahkan kepada bekas isteri Riduan, Indira Gandhi.

Riduan berkata, Ummu Habibah tinggal bersamanya sejak berusia 11 bulan dan membesar sebagai seorang Islam.

“Apakah kerana perintah Mahkamah Tinggi menyebabkan saya terpaksa menyerah anak saya yang membesar sebagai Muslim kepada ibunya yang beragama Hindu,” katanya di sini.

Beliau juga turut memohon mendapat bantuan umat Islam menunaikan solat hajat bagi mengekalkan akidah anak bongsunya, di samping itu membantu meringankan bebanan kewangannya membawa kesnya ke Mahkamah Rayuan.

Sumbangan boleh dihulur kepada Muhamad Riduan Abdullah melalui Bank Islam di akaun 03018021143270.

Atau peguam Mustafa Kamal Mat Hassan melalui Maybank 153083002210 atau telefon 09 744 6736. - HARAKAHDAILY 2/6/2014








No comments:

Post a Comment