utusan malaysia terkini
Uniknya Berpuasa Dan Solat Di Hujung Dunia
dairishare
Uniknya Berpuasa Dan Solat Di Hujung Dunia
Selama bulan Ramadan, seluruh umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Menjauhi makan dan minum dari fajar hingga matahari terbenam.
Namun, di bahagian utara Scandinavia di mana matahari tidak pernah tenggelam di musim panas, umat Islam harus mencari cara alternatif dalam berpuasa. Dan mereka telah menemui caranya.
Diberitakan oleh World Bulletin, Khamis 17 Julai 2014, sekitar 700 orang Muslim di bandar Arctic, Kiruna, Sweden tidak mempunyai lembaga dakwah atau sebagainya sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat mengenai ibadah puasa di bulan Ramadan.
Jadi, untuk sementara, beberapa dari mereka memilih berpuasa menyesuaikan dengan jam puasa bandar suci Mekah yang mereka anggap sebagai panduan utama.
Sementara yang lain cenderung berpuasa mengikut waktu di Stockholm, di mana matahari benar-benar tenggelam. Meski pun untuk beberapa jam selepas matahari terbit kembali.
Namun di musim sejuk, berlaku sebaliknya. Selama dua minggu matahari tidak akan terbit. Ini tidak hanya mempengaruhi puasa, tetapi juga memberi kesan kepada waktu solat. Di negara-negara Scandinavia, waktu berpuasa boleh mencapai 22 jam.
Masalahnya, solat lima waktu dalam Islam bergantung pada kedudukan matahari. Dalam hal ini, umat Islam mengikuti waktu solat dari lokasi terdekat di mana peraturan berlaku.
No comments:
Post a Comment