utusan malaysia terkini
MPKN dakwa bekas ketua hakim prejudis
indah.com
MPKN dakwa bekas ketua hakim prejudis
2 Jul 2014
Jawatankuasa undang-undang dan polisi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) membantah keras dakwaan bekas hakim negara bahawa mereka dikuasai pembangkang dan menyisihkan hak Istimewa Melayu dan Islam.
Pengerusi jawatankuasa itu Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata sikap Tun Abdul Hamid Mohammed yang mempertikaikan rang undang-undang (RUU) yang bakal menggantikan Akta Hasutan tanpa sebarang cadangan konstruktif amat mengecewakan.
"Kami menasihati Tun Abdul Hamid Mohammed (kiri) mengambil masa membaca draf ini terlebih dahulu dan menyarankan agar kritikan dan cadangannya dibuat secara konstruktif dan substantif untuk menambah baik draf RUU ini.
"...kami agak kecewa kerana komentarnya tidak substantif kepada kandungan RUU sebaliknya komentarnya lebih terdorong kepada sikap emotif dan prejudis kepada kewujudan MKPN itu sendiri, kata beliau dalam kenyataan bersama Lim Chee Wee dan Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.
Semalam, Abdul Hamid berkata beliau menolak tawaran menjadi pengerusi MKPN kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN.
"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.
'Saya dari PAS, dia dari Umno'
Mujahid membalas bahawa MKPN bekerja untuk negara bukannya parti politik masing-masing dan ahlinya terdiri dari pelbagai latar belakang.
"Saya dari parti PAS, Datuk Saifuddin Abdullah dari Umno, manakala yang lain adalah daripada masyarakat sivil dan aktivis dalam bidang masing-masing termasuk dari Majlis Peguam.
"Kami bekerja dalam satu pasukan dengan matlamat kerja yang jelas dan kami tidak berminat untuk bertanya orientasi sokongan politik seseorang dan berdebat kerananya dalam mesyuarat-mesyuarat kami," kata beliau.
Mujahid berkata RUU yang diperkenalkan itu langsung tidak menyisihkan hak Melayu, hak raja-raja dan hak Islam.
Menurut beliau dengan RUU ini kesemua asas negara ini akan lebih terjamin apabila kebencian agama dan kaum dijadikan sebagai satu jenayah.
Beliau yang juga MP Parit Buntar turut berkata MKPN melakukan konsultasi awam sebaik mungkin secara telus dan ia tetap akan dinilai oleh pihak peguam negara sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.
"Apakah kita mahu terus dijajah oleh Akta Hasutan 1948? Apakah kita mahu terus melihat kebencian agama dan kaum menentukan masa depan negara?
"Kami juga akur bahawa akhirnya Pejabat Peguam Negara akan menasihati kabinet (berhubung) draf ini sebelum ia dibawa ke Parlimen untuk proses bacaan dan perbahasan," kata beliau. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment