Monday, July 7, 2014

Lelaki Ini Ditangkap Kerana Tembak Mati Isteri di Kafe Jepun


utusan malaysia terkini

Lelaki Ini Ditangkap Kerana Tembak Mati Isteri di Kafe Jepun


indah.com

Lelaki Ini Ditangkap Kerana Tembak Mati Isteri di Kafe Jepun

07/07/2014 
 
Tokyo - Seorang lelaki China ditangkap polis  Jepun setelah memberondong tembakan ke isterinya. Insiden mengerikan ini terjadi di salah satu kafe yang ada di daerah tersibuk di Tokyo.

Cao Jiangping ditangkap  PolisTokyo setelah aksi penembakan maut yang terjadi di kawasan Ikebukuro pada Ahad (6/7) malam waktu setempat. Lelaki  berusia 54 tahun ini dikenali sebagai warga negara China.

Rakaman CCTV menunjukkan bahawa Cao sempat terlibat pertengkaran dengan mangsa sebelum penembakan terjadi. Demikian seperti dilansir AFP, Isnin (7/7/2014).

Jurucakap Polis Metropolitan Tokyo mengesahkan seorang wanita berusia 50-an tahun terkena   tembakan yang sangat fatal di bahagian dadanya. Tidak disebutkan lebih lanjut identiti korban, namun  polis  setempat mengidentifikasinya sebagai warga negara China.

Media lokal Jepun melaporkan bahawa korban merupakan isteri suspek penembakan. Korban sempat dikejarkan ke rumah sakit setempat, namun sayang nyawanya tidak dapat diselamatkan. Dia dinyatakan meninggal dunia di rumah sakit.

Menurut media South China Morning Post, terdapat sedikitnya 10 pengunjung lainnya di lokasi kejadian, namun tidak ada laporan korban luka lainnya dalam insiden ini.

Motif penembakan ini tidak diketahui pasti. Pemicu pertengkaran Cao dengan isterinya juga tidak diketahui. Polis Tokyo menolak berkomentar soal perkembangan penyelidikan kes ini, termasuk soal motif pelaku.

Kes ini sangat mencurigakan kerana tidak sembarang orang boleh  membawa senjata api di Jepun, yang tingkat kriminalitinya sangat rendah. Muncul dugaan bahawa suspek memiliki kaitan dengan kelompok bawah tanah atau terlibat aktiviti haram di Jepun.

Daerah Ikebukuro sendiri dikenal akan maraknya aktiviti geng jenayah dan praktik perjudian. Lokasi penembakan hanya berjarak 300 meter dari stesyen Ikebukuro, yang juga dikenal dengan daerah pelacuranya. 
disunting dari detikNews






No comments:

Post a Comment