Thursday, July 17, 2014

Jom Jenguk Kilang Pembuatan Kiswah' Kain Penutup Kaabah


utusan malaysia terkini

Jom Jenguk Kilang Pembuatan Kiswah' Kain Penutup Kaabah


dairishare

Jom Jenguk Kilang Pembuatan Kiswah' Kain Penutup Kaabah

Pembuatan kiswah atau kain penutup Kaabah memerlukan waktu sekurang-kurangnya lapan bulan penuh untuk menyelesaikan pembuatan kain itu, mulai menjahit hingga menyulam kaligrafi.

"Sebelum ini, biasanya kiswah dibeli dari luar negeri, tapi pada tahun 1927, Raja Abdulaziz memerintahkan pembangunan kilang khusus untuk membuatnya di Daerah Ajyad di Mekah, yang kemudian dipindahkan ke Daerah Tayseer," kata Abdullah Bajawda, Majaner Kilang Kiswah, dikutip Arab News, Selasa 15 Julai 2014.

Kiswa dibuat dari kain sutera alam terbaik dan melalui pelbagai peringkat berbeza hingga menjadi penutup kabah. Tahap-tahap itu mula mewarna, penenunan, reka bentuk, percetakan, menyulam, kawalan kualiti di makmal, pemasangan, dan memberikan kiswah Raja Saudi.

"Tenaga kerja di kilang saat ini terdiri dari 200 orang pekerja, di samping kakitangan pentadbiran kilang," tambah Bajawda.

Para tenaga kerja ini merupakan orang-orang pilihan. Sehingga, apabila ada salah satu pekerja yang akan diganti, harus menunggu pelatih yang baru selesai menjalani latihan. "Tahun lalu total ada 21 orang yang telah menyelesaikan latihan bagaimana membuat kiswah," tutur dia.

Sulaman kaligrafi kiswah menggunakan benang emas. Sekurang-kurangnya diperlukan 120 kilogram benang emas dan 100 kilogram benang perak untuk menghasilkan sulaman kaligrafi. Benang-benang itu semuanya diimport dari Itali.

Mesin yang digunakan untuk membuat kiswah juga berteknologi canggih. Pengurusan kilang juga sudah mengimport teknologi dari pelbagai negara untuk proses pembuatan ini.

"Sejumlah pasukan dihantar ke Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, China, Itali, dan Switzerland, untuk mencari mesin terbaik untuk meningkatkan produktiviti kilang," ujar Bajawda.























No comments:

Post a Comment