Thursday, July 3, 2014

Isu Peminta Dan Pemberi Sedekah : Ustaz Asri Pula Belasah Menteri Wilayah Persekutuan, "Bersihkan KL Dari Pusat Maksiat Sebelum Bertindak Kepada Gelandangan"


utusan malaysia terkini

Isu Peminta Dan Pemberi Sedekah : Ustaz Asri Pula Belasah Menteri Wilayah Persekutuan, "Bersihkan KL Dari Pusat Maksiat Sebelum Bertindak Kepada Gelandangan"


IdaMan

Isu Peminta Dan Pemberi Sedekah : Ustaz Asri Pula Belasah Menteri Wilayah Persekutuan, "Bersihkan KL Dari Pusat Maksiat Sebelum Bertindak Kepada Gelandangan"


Dr Asri: Bersihkan KL dari pusat maksiat sebelum bertindak kepada gelandangan [gambar fail]
Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan merosak dan meruntuhkan moral sebelum mahu membersihkan bandar raya itu dari peminta dan pemberi sedekah.

Mantan Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Asri Zainul Abidin, berkata beliau mahu agar Kerajaan menjadikan kota Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang selamat dan berkat.

“Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.

“Jadikanlah ia kota yang setiap orang yang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya,” kata Dr Asri dipetik dari Facebooknya.

Beliau berkata Kerajaan perlu membuktikan bahawa negara yang berpegang kepada Islam maka ibu kotanya juga patut melambang kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan ‘Soup Kitchen’ berpindah adalah tidak berperikemanusiaan.

Izzah menggesa agar Tengku Adnan memperbetulkan kesilapan yang melampau ini.

Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata DBKL wajib membantu Dapur Jalanan dengan berganding tangan dengan NGO-NGO yang terbabit dengan Soup Kitchen dan bukan menghalau mereka.

Kata, jika kebersihan menjadi satu masalah kepada Tengku Adnan, beliau sepatutnya mengarahkan DBKL untuk membantu membersihkan kawasan digunakan selepas habisnya aktiviti kebajikan mereka.


   Kenyataan Tengku Adnan tanda kegagalan kerajaan BN tangani isu kemiskinan

Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor untuk menghukum golongan peminta dan pemberi sedekah disifatkan sebagai tanda kegagalan kerajaan dalam menangani isu kemiskinan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohammed Yusoff, berkata pengumuman itu juga bercanggah dengan seruan Islam untuk bersedekah.

Katanya, kerajaan harus sedar hukuman seperti itu sahaja tidak cukup untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada pengemis.

Beliau berkata, kenyataan itu yang dikeluarkan ketika umat Islam baru menyambut kedatangan Ramadan juga menunjukkan Tengku Adnan gagal memahami isu terbabit.

“Kenyataan itu memperlihatkan kegagalan menteri mengenalpasti punca sebenar gejala itu, apatah lagi bagi menyelesaikan masalah terbabit.

“Fenomena mengemis di ibu kota sebenarnya manifestasi daripada kegagalan kementerian untuk membasmi kemiskinan bandar dan menangani sindiket peminta sedekah,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Islam berkata, tindakan itu juga jika dilakukan tidak akan dapat membasmi masalah berkenaan secara keseluruhan.

“Kerajaan Pusat perlu mencari jalan untuk membersihkan masalah itu dalam memulihkan imej Kuala Lumpur sebagai bandaraya,” katanya.

Beliau mencadangkan pusat gelandangan diwujudkan di ibu kota bagi menempatkan pengemis dan mengelakkan mereka berkeliaran, sekali gus menjaga kebajikan.

Katanya, pengemis juga boleh diberikan latihan kemahiran bagi membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan hidup.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Agama Islam perlu bekerjasama menjejak golongan ini untuk dibantu,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjawab kenyataan Tengku Adnan semalam yang mengumumkan, tindakan seperti itu bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.

BERNAMA melaporkan, Tengku Adnan berkata, tindakan saman ke atas pemberi sedekah dan menahan pengemis dibuat kerana golongan peminta sedekah itu terdiri daripada orang asing.

Katanya, tindakan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi makanan percuma kepada warga gelandangan di pelbagai lokasi juga mengundang kekotoran.


                                      Henti beri makan pada gelandangan

[sinar]- Badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif menyalurkan bantuan makanan kepada golongan gelandangan di ibu negara diarah agar menghentikan aktiviti itu atau hanya dibenarkan berpusat di lokasi yang akan ditetapkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata, NGO  berkenaan tidak dibenarkan beroperasi di sekitar radius 2 kilometer dari Lot 10, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuatkuasa serta-merta.

Menurutnya, pihaknya bukan menghalang sebarang aktiviti kebajikan sedemikian, namun ia sebagai inisiatif dalam memastikan ibu kota tidak terus tercemar baik dari segi keberadaan golongan itu, mahupun daripada aspek kebersihan.

“Aktiviti seperti ini hanya menggalakkan orang ramai untuk menjadi gelandangan dan menganggur.

Terdapat ramai orang seperti itu yang kami bantu untuk dapatkan pekerjaan tetapi kembali ke tabiat lamanya kerana mereka menyifatkan ia lebih mudah.

“Tindakan berkenan juga menyebabkan pembuangan sampah sekitar ibu kota seterusnya mencemarkan dan menjadi punca penyakit.

“Pelbagai jenis masalah berkaitan sampah di bandar dihadapi DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan hampir RM90 juta dibelanjakan setahun untuk memungut bahan buangan itu.

Saya tidak melihat tindakan saya keterlaluan tetapi ia perlu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berdisiplin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pelantikan Badan Penasihat Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Wilayah Persekutuan di Menara DBKL, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Dr. Loga Bala Mohan.

Tengku Adnan menambah, bagaimanapun, pihak NGO terbabit belum dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara tersebut dan mesyuarat bersama mereka bagi membincangkan perkara berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.

Malah Tengku Adnan juga menegaskan pihaknya dengan kerjasama DBKL akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit boleh meneruskan aktiviti sukarelawan mereka.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas berhubung kecaman terhadap kenyataan yang dikeluarkannya untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemberi dan peminta sedekah di ibu negara.

Ujarnya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana pemberian sedekah sepatutnya perlu melalui saluran yang sepatutnya.

“Kita ada majlis agama untuk salurkan sedekah dan mereka dipertanggungjawabkan membuat agihan. Bukannya saya kata tidak boleh beri sedekah..tetapi memberi ada caranya.

“Perlaksanaan penguatkuasaan tetap akan dibuat dan saya telah minta satu garis panduan dan SOP yang akan berkuat kuasa dalam tempoh kira-kira dua minggu,” katanya.

* "Pemberi, Peminta Sedekah Bakal Berdepan Hukuman", Tengku Adnan Dikecam Hebat
* Isu Peminta Sedekah Yang Cemar Imej Ibu Kota : Menteri Wilayah Persekutuan Hina Peminta Sedekah !

                   






No comments:

Post a Comment