utusan malaysia terkini
Ibu Ini Memaki Pekerja Kedai Selama 30 Minit Sehingga Pekerja Itu Mendapat Serangan Jantung Kerana
indah.com
Ibu Ini Memaki Pekerja Kedai Selama 30 Minit Sehingga Pekerja Itu Mendapat Serangan Jantung Kerana
Jumaat, 04 Jul 2014
Foto: copyright dailymail.co.uk
Berhati-hatilah jika anda berniat marah pada orang lain, kerana boleh jadi kemarahan anda menyebabkan serangan jantung. Salah satu contohnya adalah peristiwa yang terjadi di sebuah swalayan di Wilayah Lianong, China. Setelah dimarahi oleh seorang wanita selama 30 minit, pekerja kedai pengsan dan dipercayai mengalami serangan jantung.
Pegawai Toko Melarang Anak Kecil Buang Air Sembarangan
Awalnya, pekerja kedai, Ling Chen (45 tahun) melihat seorang anak melepas seluarnya di sekitar bahagian penjualan buah. Ling tahu bahawa anak itu akan buang air kecil dan segera berlari ke arah anak tersebut untuk melarang. Tindakan tersebut memang betul, kerana cairan urine boleh membawa kotoran pada buah-buahan dan barang yang dijual.
Namun, ibu dari anak tersebut marah dan menengking Ling, dilansir oleh Dailymail.co.uk.
"Berani-beraninya kamu! Anak-anak boleh buang air dimana saja, terserah yang mereka mau. Kita semua tahu menahan buang air adalah hal yang tidak sihat," Kata ibu sang anak yang sangat kesal dengan tindakan Ling.
Mendengar ada keributan, rakan kerja Ling mencuba menenangkan ibu tersebut. Namun wanita itu terus saja marah dan memaki-maki selama 30 minit. Bahkan setelah mpengurus kedai turun tangan dan meminta maaf, wanita itu tetap marah dan menjerit-jerit.
Yang menyedihkan, suami wanita itu hanya diam sambil menggendong anak mereka ketika isterinya marah. Lelaki itu berdiri di belakang sang wanita dan tidak berbuat apapun.
Makian Berbuah Serangan Jantung
Akibat serangan pelanggan dalam waktu yang sangat lama, Ling langsung jatuh sambil memegang dadanya. Dugaan sementara, Ling mengalami serangan jantung kerana terkejut dengan kemarahan wanita tersebut. Ambulance datang beberapa saat kemudian dan membawa Ling ke rumah sakit.
Wanita yang marah-marah itu baru diam setelah Ling jatuh. Beberapa pelanggan sempat mengambil gambar kejadian dan tersebar sangat cepat di dunia maya. Reaksi simpati untuk pegawai malang tersebut terus berdatangan.
"Ini adalah contoh orang tua yang buruk, aku tidak dapat membayangkan bagaimana anak itu akan membesar nanti," tulis pengguna internet di China.
"Memang tidak ada yang boleh menahan buang air. Tentu saja keharusan orang tua membawa anaknya ke tandas jika dia ingin buang air, bukan memaki orang," tulis komentar lainnya.
Semoga peristiwa ini menjadi pelajaran, terutama pada orang tua. Jika anak merasa ingin buang air, segera bawa mereka ke tandas, bukan mengajarkan buang air di sembarang tempat. Dan pelajaran untuk kita semua, berhati-hatilah ketika marah, anda tidak pernah tahu apakah kemarahan itu boleh membahayakan nyawa orang lain.Vemale.com
No comments:
Post a Comment