Wednesday, July 16, 2014

Hasan Jati Dan Perkasa Dok Sibuk Pasal MP Shah Alam........


utusan malaysia terkini

Hasan Jati Dan Perkasa Dok Sibuk Pasal MP Shah Alam........


IdaMan

Hasan Jati Dan Perkasa Dok Sibuk Pasal MP Shah Alam........


Terima teguran, tiada niat untuk biadab - Khalid Samad
[hd]- Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menerima teguran Sultan Selangor dengan hati terbuka ekoran kenyataanya sebelum ini mencadangkan agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.

Bercakap kepada Harakahdaily, Khalid berkata, apa yang dicadangkannya adalah semata-mata mahu menjaga imej institusi Sultan daripada tercemar dengan tindakan Mais.

"Saya tidak ada niat untuk biadap dengan Sultan atau menimbulkan kemurkaan Sultan," katanya yang turut terkejut dengan teguran itu.

Bagaimanapun, beliau akan menulis surat kepada Sultan untuk memohon mengadap bagi menjelaskan isu berkenaan kepada baginda.

"Saya hanya mencadangkan untuk dikaji di peringkat Dewan Undangan negeri Selangor, demi menjaga nama baik Sultan,"katanya.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kecewa terhadap pihak yang bertindak mempersoalkan institusi agama sehingga sanggup mencemarkan kedaulatan Islam dan istana.

Baginda bertitah demikian berikutan kenyataan Khalid pada 18 Jun lalu yang mencadangkan kuasa eksekutif Mais dalam menguatkuasakan hal ehwal agama Islam di negeri ini dihapuskan kerana kecewa dengan tindakan Mais yang tidak mahu memulangkan kitab Bible yang dirampas walaupun diarahkan berbuat demikian.


Hasan Ali tuntut tindakan tegas ke atas Khalid

[mk]- NGO pendesak Melayu, Jalur Tiga Malaysia (JATI) menggesa parti PAS bertindak tegas ke atas MP dari parti itu, Khalid Samad demi menjaga hubungan baik di antara kerajaan Selangor dan pihak istana.

Presiden JATI, Datuk Hasan Ali berkata, PAS perlu bertindak kerana tuntutan Khalid yang “gelojoh” agar kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dihapuskan itu di luar kuasa sebuah parti politik.

Apatah lagi apabila ia berkait secara langsung dengan Sultan Selangor yang menjadi ketua agama Islam dan istiadat Melayu, katanya.

"Khalid Samad bukan setakat bertindak di luar daripada batasan peraturan parti, bahkan dalam kes yang sedang dipersoalkan itu beliau terang-terang dengan gelojoh membuat cadangan rambang supaya kuasa eksekutif MAIS dibataskan.

"Cadangan yang tidak waras ini sudah tentu berkait langsung dengan batang tubuh Tuanku Sultan yang menjadi payung agama Islam dan adat istiadat Melayu seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Katanya, PAS perlu mengambil kira penjelaskan PAS Selangor bahawa tuntutan tersebut hanya pandangan peribadi Khalid Samad dan tiga MP parti tersebut.

"Seperti disahkan oleh pesuruhjaya PAS Selangor baru-baru ini bahawa pandangan Khalid Samad dan tiga ahli Parlimen PAS itu tidak mencerminkan pandangan PAS Selangor.

"Tetapi adakah insiden-insiden ini belum cukup untuk pimpinan PAS mengambil tindakan lebih "decisive" demi menjaga imej parti di samping mengekalkan hubungan baik dengan pihak istana?" katanya pada sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur.


'Minta maaf dulu sebelum menghadap Sultan'
[mk]- PERKASA Selangor mendesak MP Shah Alam Khalid Samad memohon ampun dan maaf secara terbuka terlebih dahulu sebelum menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Yang Dipertuanya Abu Bakar Yahya berkata Khalid telah melakukan kesalahan kepada baginda secara khusus dan umat Islam negeri itu secara umum kerana didakwa mahu menarik kuasa badan yang menjaga kesucian agama Islam negeri tersebut.

"Kalau dia (Khalid) tak minta maaf, pandangan rakyat kepada dia nampak seperti pencacai golongan anti islam.

"Terpulang kepada Sultan untuk maafkan dia tapi dia mesti minta maaf," kata beliau dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Semalam, Sultan Selangor bertitah bahawa kenyataan Khalid meminta dihapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dianggap baginda sebagai 'biadab'.

Sementara Khalid memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau terkejut dengan reaksi Sultan dan akan mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan kenyataannya itu esok.

Beliau turut menyatakan akan menulis surat untuk memohon menghadap Sultan bagi menjelaskan perkara itu dan akan menghantarnya hari ini atau esok.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Abu Bakar mahu PAS mengenakan tindakan displin terhadap kenyataan "biadap" Khalid itu.

* Laju Polis Siasat MP Shah Alam Di Bawah Akta Hasutan






No comments:

Post a Comment