Saturday, July 12, 2014

Gambar Anggota Polis Marin Terbunuh Di Pulau Mabul Semporna Sabah, Tersebar.......


utusan malaysia terkini

Gambar Anggota Polis Marin Terbunuh Di Pulau Mabul Semporna Sabah, Tersebar.......


IdaMan

Gambar Anggota Polis Marin Terbunuh Di Pulau Mabul Semporna Sabah, Tersebar.......


SEMPORNA - Sekumpulan pengganas disyaki berbangsa Sulu menyerang hendap sebuah pusat peranginan di Semporna Sabah, lewat malam semalam
Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 11.10 malam telah mengakibatkan seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) , Koperal 151279 Ab Rajah bin Jamuan 32 tahun terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap di Jeti Smart Water Bungalow Resort di Pulau Mabul, Semporna, di Sabah malam tadi.

Pengganas yang menggunakan senjata api telah memulakan serangan dengan melakukan tembakan secara rambang ke kawasan sekitar termasuk sebuah bot peronda yang berlabuh disitu.

Anggota yang terkepung dalam serang hendap itu telah berjuang hingga titisan darah terakhir.

Allahyarham yang juga anak tempatan Sabah meninggalkan seorang isteri akan dikebumikan dengan penuh penghormatan.

ESSCOM sedang melipatgandakan usaha mengesan kumpulan pengganas yang dipercayai masih berada disekitar kawasan pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.

Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini tenang dan semua kedai beroperasi seperti biasa. Al-Fatihah buat Allahyarham.

Semoga pemergiannya dibulan yang mulia dijadikan penguat semangat semua anggota di kawasan operasi.


Berikut merupakan laporan kejadian :-

As Salam Ydh Tan Sri IGP, Tan Sri DIGP , Dato'Sri2 , DW , DP dan Dato2.

Pada 12/07/2014 jam lkurang 2310hrs Asp Safardi Samad , Pegawai Marin Semporna terima maklumat awal drpd Ketua Botronda RH40 Sjn Jeffridin Bin Harun berlaku serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang ke atas kedai makan dan pejabat reception di Jeti Smart Water Bungalow, Resort, Pulau Mabul, Semporna (.)

Saspek disyaki 8 org yang berpakaian gelap, seluar celoring ,muka bertutup dan bersenjatapi jenis Calibrre 7.62 ( kelongsong peluru yg bertaburan) .

Maklumat mendapati (2) anggota Polis Marin ESSZONE Nama : (1) Kpl Rajah Bin Jamuan (2) Konst Zakiah Bin Alip pada ketika itu sedang makan di tempat kejadian dimana serang hendap berlaku.

Manakala sebuah botronda Polis Marin RH 40 berada dijeti yg berhampiran dgn tempat kejadian juga menjadi sasaran.

2 anggota termasuk Sjn Jeffridin yg berada di botronda RH40 sempat mengambil perlindongan.

Kumpulan saspek di syaki datang daripada arah Filipina yg bergerak secara perlahan dari arah belakang ke lokasi dan mungkin naik kepelantar atau berada diair yg surut dan terus serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang (.)

Semasa kejadian saspek2 telah melepaskan sekurang2nya (10) das tembakan rambang kearah jeti, botronda RH 40 termasuk kedai makan dan pejabat reception.

Apabila keadaan reda pemereksaan dibuat olih Sjn Jeffridin yg berada dibot pada waktu kejadian mendapati 2 anggota Polis Marin spt nama diatas telah hilang .

Usaha2 mengesan dilaksanakan dan menjumpai mayat Kpl Rajah bin Jamuan berada dibawah jeti tempat kejadian. Manakala seorang lagi hilang samaada di culik atau .....masih dicari.

Tindakan PPM (operasi) Semporna :

Satu (.) Botronda RH45 dan PGR 12 Bersama PPMO Semporna ke lokasi kejadian utk memberi bamtuan ,
Dua (.) Botronda PSC58 telah diarahkan utk buat cut-off di Pulau Adal,

Tiga (.) Botronda RH46 telah diarahkan utk area-scanning di sekitar Laut Pu Mabul, dan Empat (.) Usaha mengesan mangsa sedang dilaksanak bersama KD Lekiu ( Helicopyer Super-Link ) (.)

 Rumusan.......8 orang suspek2 berlatarbelakangkan komando atau militan tidak bolih dipandang rendah/ringan dan mereka akan senantiasa masuk keperairan juga pulau2 atau daratan untuk membalas dendam kpd penguatkuasa kita atau mencari mangsa untuk mendapatkan wang (ransom)

Kemungkinan terdapat kelemahan kita dan leka atau tidak siapsiaga mendorong pihak musuh mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak bolih dijangkakan.

Saya akan berbincang dengan Pengarah Operasi Esscom dan perkara2 kelemahan akan dikaji dan dijadikan iktibar supaya usaha2 memantapkan lagi penugasan secara total akan dibuat tanpa kompromi.

Urusan keatas mangsa (aruah) akan dibuat dengan penuh penghormatan dan terbaik. T.kasih dan salam hormat dari CP Sabah.

Al-fatihah....

ANGGOTA polis yang terkorban dalam kejadian serangan hendap oleh sekumpulan pengganas di Pulau Mabul, Semporna, malam tadi, Koperal Ab Rajah Jamuan (gambar kecil) manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik, Konstabel Zakia Alip (kanan sekali)
Anak Allahyarham Kpl Rajah Jamuan berusia 1-tahun
AHLI keluarga anggota polis yang maut akibat serangan hendap kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, Koperal Ab Rajah Jamuan, tidak dapat menahan kesedihan di Hospital Semporna, sebentar tadi. - Foto NSTPSeorang polis marin terbunuh, seorang lagi hilang diserang di Pulau Mabul

#Sumber


* Serangan Bersenjata Di Pulau Mabul : Ops Besar-Besaran Udara & Darat
* Memalukan......Sabah Di Ceroboh Lagi, Anggota Polis Marin Maut Ditembak, Rakan Diculik
* [Panas] Najib Baru Puji Esscom,......Dah Insiden Tembak- Menembak Berlaku Di Pulau Mabul, Anggota Polis Maut






No comments:

Post a Comment