Monday, June 30, 2014

Jom Lihat X-Ray Badan Lelaki Gemuk 440kg


utusan malaysia terkini

Jom Lihat X-Ray Badan Lelaki Gemuk 440kg


dairishare

Jom Lihat X-Ray Badan Lelaki Gemuk 440kg

This image of an apparent X-ray of a 70-stone (980-pound) man, Briton Keith Martin, has gone viral after trending heavily on Twitter.
At his biggest, Martin had a BMI of 155 and doctors apparently gave him just two years to live unless he lost weight.










Serambi Mekah pangkalan gerakan Islam


utusan malaysia terkini

Serambi Mekah pangkalan gerakan Islam


indah.com

Serambi Mekah pangkalan gerakan Islam

Harakahdaily
ASLANI M | 30 Jun 2014.
KOTA BHARU: Anak-anak Kelantan yang berada di perantauan hendaklah bersama-sama mengekalkan kepemimpinan ulama bagi memacu dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, mereka mempunyai sumbangan besar bagi mengekalkan kerajaan di bawah ulama sejak 1990 sehingga sekarang.

Katanya, ia adalah inspirasi rakyat Kelantan bagi mengekalkan Serambi Mekah sebagai pangkalan gerakan Islam di negara ini.

“Kita hendaklah sama-sama mengekalkan perjuangan Islam sebagai sebuah parti yang memerintah. Kalau ditakdir berlaku sesuatu tentunya sukar bagi kita bertapak semula.

“Suasana yang ada sekarang patut kita pupuk supaya menjadi satu kekuatan bagi memperkasakan lagi MBI,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Sebelum ini difahamkan terdapat usaha bagi memindahkan tempat mengundi dalam kalangan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan selepas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai kerajaan negeri.

“Tidak wajar sesetengah daripada kita mahu memindahkan tempat mengundi di kampung halaman masing-masing kerana ia bercanggah dengan hasrat rakyat.

“Kita tidak tahu apa tujuan sebenar mereka sama ada hendak memberi sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor atau Pulau Pinang,” ujarnya.

Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat turut memberitahu tidak pernah wujud usaha-usaha ke arah kerajaan perpaduan (UG) seperti digambarkan sesetengah pihak sebelum ini.

Kata beliau ada sesetengah pihak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Ada orang kata sebut UG, sedangkan ia tidak pernah berlaku. Kita tetap taat setia kepada keputusan parti.

“Kalau ada perbincangan dan rundingan sebelum ini ia adalah antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, dan bukan sekali-kali melibatkan parti.

“Di Malaysia ada tiga kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan. Jadi hubungan antara kerajaan itu dijalin bagi kepentingan rakyat,” katanya.






Wanita Ini Mengaku Pernah Tidur dengan 10,000 Lelaki


utusan malaysia terkini

Wanita Ini Mengaku Pernah Tidur dengan 10,000 Lelaki


indah.com

Wanita Ini Mengaku Pernah Tidur dengan 10,000 Lelaki

  30 Jun  2014
 
Daily Mail Gwyneth Montenegro (36), menjalani 15 tahun kehidupannya bekerja sebagai seorang escort atau pendamping. Selama itu dia mengaku sudah tidur dengan 10,000 orang lelaki.
SYDNEY, KOMPAS.com - Seorang wanita yang bekerja  sebagai escort atau pendamping lelaki, Gwyneth Montenegro (36) melancarkan buku yang mengisahkan perjalanan kariernya.

Dalam buku berjudul "10,000 Men and Counting" itu, dengan blak-blakan Gwyneth menceritakan kisah hidupnya termasuk pengakuannya telah tidur dengan 10,000 atau tepatnya 10,091 lelaki sejak dia menjadi escort sejak berusia 21 tahun.

Dalam bukunya Gwyneth yang kini telah menjadi seorang pahli perniagaan yang berjaya   menceritakan dia memulai hidupnya sebagai seorang anak yang "liar". Gwyneth menjadi korban perkosaan pada usia 18 tahun dan menjadi penari erotis pada usia 19 tahun.

Pada usia 21 tahun, perempuan asal Melbourne ini memulai karier escort-nya yang ketika itu masih berkutat di sekitar kota kelahirannya itu. Selanjutnya, wilayah kerja Gwyneth semakin luas ke seluruh Australia dan seluruh dunia yang melegalkan profesion escort seperti yang dijalaninya.

Selama menjalani kariernya itu, Gwyneth mengaku menggunakan banyak nama. Bahkan nama Montenegro diakuinya hanya sekadar nama peda untuk kepentingan penulisan bukunya.

"Saya pernah menggunakan nama Angelina. Saya ingin memiliki nama yang lebih seksi dan apa yang lebih baik ketimbang Angelina Jolie," kata Gwyneth.

Gwyneth mengatakan, klien utamanya adalah para pekerja pekerja kerah putih termasuk para pengacara, politisi dan musisi. Di masa puncak kariernya, Gwyneth bisa mendapatkan 500-1.000 dolar atau sekitar Rp 5-10 juta per jam.  

Namun, dalam pekerjaan ini pula Gwyneth mulai berkenalan dengan narkotika dan obat-obatan terlarang. "Saya berkenalan dengan kokain saat berusia 20-an dan itu adalah barang kelas atas yang diberi oleh seorang klien jutawan," kenangnya.

Perkenalannya dengan kokain ini membuatnya kecanduan. Kokain sudah menjadi gaya hidupnya ketika itu. Dan dia sadar gaya hidup seperti itu bisa menghancurkan siapa saja. Inilah yang membuatnya memantapkan diri menuliskan pengalamannya menjadi seorang escort kelas atas.

"Banyak orang memiliki persepsi buruk soal profesi ini dan saya ingin mengubah anggapan itu," kata Gwyneth.

"Saya juga ingin mewakili suara mereka yang ada di dalam industri ini. Sebab, saya hanyalah manusia biasa begitu juga mereka," tambah dia.

Namun, Gwyneth mengakui sulit untuk melepaskan diri dari industri yang memberinya penghasilan hingga ribuan dolar setiap minggunya itu.

"Wang itu tak ubahnya ubat bius. Uang membuat saya bisa pergi ke mana-mana," lanjut dia sambil menambahkan bahwa bisa bepergian ke berbagai belahan dunia membuatnya bisa melupakan sejenak realitas kehidupan yang menjeratnya.

Meski sepanjang 15 tahun kariernya sebagai escort Gwyneth hampir tak memiliki pengalaman buruk, namun dia bertekad tidak akan pernah lagi berkecimpung di dalam profesion itu lagi.

Salah satu momen yang membuatnya memutuskan berhenti menjadi escort adalah saat dia nyaris mati dalam satu kecelakaan lalu lintas beberapa tahun lalu. "Saya memandu VW Golf dan mengalami kecelakaan. Beruntung saya selamat meski menderita sedikit luka dan memar," kenangnya.

Saat terbaring di rumah sakit, Gwyneth akhirnya mengakui profesion dia kepada kedua orangtuanya. Awalnya ayah dan ibunya mengira Gwyneth bekerja sebagai seorang model.

Dia juga menceritakan kepada orangtuanya bagaimana dia menyembunyikan sebagian besar uang yang diperolehnya sehingga ayah ibunya tidak menaruh curiga.

"Saya cukup mampu menyembunyikan semuanya, namun jauh di dalam hati saya merasa sakit kerana harus menyimpan rahsia besar itu," kata dia.

Setelah kecelakan itu, kondisi berangsur-angsur membaik apalagi setelah Gwyneth berhasil meraih lisensi pilot pesawat terbang komersial pada usia 29 tahun.

Namun, kariernya sebagai pilot pesawat sewaan berusia pendek setelah dia didiagnosa menderita gagal ginjal yang membuatnya tak bisa mempertahankan lisensi terbangnya.

Akibatnya, Gwyneth kembali menerjuni profesion lamanya sebagai escort dan baru berakhir setelah dia bertemu seorang lelaki yang kini menjadi rakan bisnisnya saat ini. Dia hanya menyebut lelaki itu dengan nama Roger.

Gwyneth kemudian memulai kursus pemrograman neuro-linguistik dan bersama Roger mulai membangun sebuah bisnis baru. "Ini seperti ilmu fikiran, seperti sebuah psikologi gaya baru dan ini sangat membantu saya mengatasi berbagai masalah," tambah dia.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: Daily Mail






Jom Lihat Proses Menyiang Ikan Paus Di Jepun


utusan malaysia terkini

Jom Lihat Proses Menyiang Ikan Paus Di Jepun


dairishare

Jom Lihat Proses Menyiang Ikan Paus Di Jepun


Makhluk 30 kaki panjang telah disembelih oleh pemburu paus Jepun sebagai sebahagian daripada acara tradisional di bandar Wada, selatan Tokyo.

Daging dipsahkan dari tulang-temulang kemudiannya di goreng dan diedarkan.

Acara ini berlaku semasa musim penangkapan ikan paus pantai pertama di negara ini sejak ia dilarang daripada penangkapan ikan paus Antartika pada bulan Mac.

Jepun menganggap penangkapan ikan paus sebagai bahagian daripada warisan makanannya.















Dalam Setahun 600,000 Pekerja di China Meninggal Akibat Letih Berlebihan


utusan malaysia terkini

Dalam Setahun 600,000 Pekerja di China Meninggal Akibat Letih Berlebihan


indah.com

Dalam Setahun 600,000 Pekerja di China Meninggal Akibat Letih Berlebihan


Senin, 30 Juni 2014 | 16:57 WIB
 
news.com.au 
 Sebuah media China menyebut setiap tahun 600,000 orang pekerja meninggal dunia akibat terlalu lama lembur.

BEIJING, KOMPAS.com - China nampaknya sedang menghadapi epidemi "kerja keras berlebihan" sehingga kini di China bahkan muncul istilah untuk menyebut mereka yang meninggal dunia kerana bekerja terlalu kuat , guolaosi.

Kes guolaosi terakhir melibatkan seorang pegawai senior Komisi Regulator Perbankan China, Li Jianhua yang  mati akibat "bekerja terlalu lama" pada April. Li Jianhua (48), jatuh di kediamannya dan meninggal dunia tak lama kemudian setelah letih bekerja  semalaman untuk menyelesaikan pekerjaannya.

Kolega Li, kepada Bloomberg mengatakan,  lelaki itu kerap bekerja hingga tengah malam bahkan hingga pagi. Li juga berkeliling ke 10 pwilayah China dan bertemu dengan 68 perusahaan pengelola kewangan dalam separuh kedua tahun lalu.

Kematian Li menjadi kes terbaru dalam serangkaian kes serupa yang mengundang perhatian media massa negeri tersebut. Kes lain menimpa Jie Pan (25) seorang auditor dari kantor akauntan publik Pricewaterhouse Cooper yang meninggal dunia akibat meningitis pada 2011.

Meski tak terdapat bukti jelas antara penyakit ini, kematian dan kerja berlebihan , namun perempuan muda itu kerap mengunggah rasa lelahnya melalui  media sosial. "Ketika ada waktu beristirahat, demam datang," kata Pan dalam salah satu kicauannya di media sosial.

Seorang rakan kerja Jie Pan mengaku, para pegawai diberi pekerjaan yang tak mungkin diselesaikan tanpa kerja lembur.

Pekerja muda lain Gabriel Li (24), karyawan Ogilvy Public Relations Worldwide, meninggal dunia tahun lalu akibat serangan jantung dan ambruk di meja kerjanya. Namun, perusahaan periklanan itu membantah Gabriel meninggal dunia akibat terlalu lama kerja lembur.

Berdasarkan harian The China Youth Daily, setiap tahun 600.000 warga China meninggal dunia akibat "terlalu lelah bekerja". Kerja berlebihan itu biasanya menyebabkan serangan jantung dan stroke akibat tekanan kerja serta stres.

Sementara Radio China International menyebut pada April lalu sebanyak 1.600 orang meninggal dunia akibat berbagai penyakit yang terkait "kerja berlebihan".

Situasi serupa pernah menimpa Jepang pada 1980-an, yang dalam bahasa setempat disebut karoshi. Dan bulan ini, parlemen Jepang mengesahkan undang-undang untuk mencegah karoshi atau tewas akibat kelebihan beban kerja.

Dalam undang-undang ini diatur bantuan pemerintah untuk perusahaan-perusahaan swasta dan layanan konsultasi untuk para karyawan.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: news.com.au






Budak Ini Disembah Kerana Ekor Kini Terpaksa Di Buang Jika Mahu Berjalan


utusan malaysia terkini

Budak Ini Disembah Kerana Ekor Kini Terpaksa Di Buang Jika Mahu Berjalan


dairishare

Budak Ini Disembah Kerana Ekor Kini Terpaksa Di Buang Jika Mahu Berjalan


Arshid Ali Khan, dari Punjab, India, dikatakan sebagai penjelmaan Hanuman, dewa monyet Hindu, kerana misteri yang berpunca dari belakang beliau. Budak lelaki yang berusia 13 tahun ini sedang menimbangkan supaya ekornya dibuang walaupun beliau disembah sebagai tuhan kerana itu.

Tetapi beliau kini mempunyai peluang untuk bergerak tanpa menggunakan kerusi roda jika dia menjalani pembedahan membuang ekornya itu.

'Ekor ini telah diberikan kepada saya oleh Tuhan. Saya disembah kerana saya berdoa kepada tuhan dan hasrat orang menjadi kenyataan, "katanya.

Arshid tidak bimbang jika orang mula berhenti menziarahnya jika dia menjalani pembedahan.

Beliau menambah: 'Doktor boleh membuang ekor saya - tetapi orang akan terus percaya pada saya.'

Tetapi datuknya, Iqbal Qureshi, yang tinggal bersama beliau, tidak yakin pembedahan itu akan menyembuhkan penyakit yang tidak dikenal pasti itu.

'Ia adalah untuk Balaji untuk membuat keputusan. Jika dia mahu ekor dibuang, kita tidak keberatan, "katanya.

'Beliau mempunyai masalah berjalan dan jadi kami meminta doktor melakukan apa yang boleh.'

Arshid bukanlah orang yang pertama yang mempunyai ekor misteri, seorang lelaki dari Bengal Barat dan kanak-kanak dari China juga dilahirkan dengan pertumbuhan yang pelik.












Jom lIhat Kehidupan Sosial Remaja Iran


utusan malaysia terkini

Jom lIhat Kehidupan Sosial Remaja Iran


dairishare

Jom lIhat Kehidupan Sosial Remaja Iran

Kehidupan Sosial Remaja Iraq

















[Dedah] Penjualan Tanah Di Pulau Pinang : Umno BN vs Pakatan Rakyat


utusan malaysia terkini

[Dedah] Penjualan Tanah Di Pulau Pinang : Umno BN vs Pakatan Rakyat


IdaMan

[Dedah] Penjualan Tanah Di Pulau Pinang : Umno BN vs Pakatan Rakyat


BN jual tanah 35 kali lebih banyak, tapi hasil kecil
[hd]- Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berjaya mendapat pulangan yang lebih besar daripada penjualan tanah negeri, walaupun jumlah keluasannya jauh lebih kecil berbanding kerajaan BN sebelum ini melalui sistem tender terbuka yang berdaya saing.

Malah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng, hampir separuh daripada hasil tersebut pula disalurkan bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat.

Tambahnya, kepada pihak yang mendakwa kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada penjualan tanah bagi mendapatkan hasil, ia tidak benar memandangkan kerajaan BN telah menjual tanah dengan keluasan 35 kali ganda namun mendapat pulangan lebih kecil.

“BN sebelum ini menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dan mendapat RM1.0586 bilion.

Manakala kami menjual hanya 106.1 ekar dengan hasil RM1.1102 bilion,” ujarnya dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, perbezaan itu adalah kerana kerajaan Pakatan sentiasa mengamalkan sistem tender terbuka bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak untuk dipulangkan kepada rakyat.

“Isu ini sering dimainkan BN melalui media kawalan mereka. Mujurlah rakyat Pulau Pinang tidak mudah ditipu.

Malah Pakatan mendapat mandat terbesar dalam sejarah negeri pada Pilihanraya Umum lalu dengan 68% undi popular,” katanya lagi.

Dengan hasil yang diperolehi itu, katanya lagi, kerajaan negeri memperuntukkan RM500 juta untuk Skim Perumahan Awam Mampu Milik bagi membina 20,000 unit rumah di lima daerah di Pulau Pinang.

“Jumlah ini adalah yang terbesar yang disalurkan kerajaan negeri di Malaysia, dan kami sanggup menambahkan lagi peruntukan jika perlu," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga menjadi perintis Skim Pemilikan Bersama untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang sukar mendapat pinjaman bank memiliki rumah, dengan memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak 30 peratus bagi membayar harga belian rumah tersebut.






Ibu Remaja OKU Diikat Jamin Oleh Wakil Syarikat Tempatnya Bekerja


utusan malaysia terkini

Ibu Remaja OKU Diikat Jamin Oleh Wakil Syarikat Tempatnya Bekerja


IdaMan

Ibu Remaja OKU Diikat Jamin Oleh Wakil Syarikat Tempatnya Bekerja


[gambar fail]
[sinar]- Selepas tiga hari Lolanopita Sadi, 40, didakwa di mahkamah, wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim’s Airline Catering (BAC) hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini, bagi membayar wang jaminannya berjumlah RM7,000.

Dua wakil daripada syarikat tempatnya bekerja hadir kira-kira jam 3.30 petang.

Difahamkan, wang jaminan tersebut dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja tersebut terhadap nasib menimpa Lolalopita atau lebih dikenali sebagai Lola.

Pada 27 Jun lalu, Lola dihadapkan di mahkamah seksyen di sini atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan meninggalkan anaknya yang juga OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, tanpa pengawasan pada 21 Jun lalu di sebuah bilik Flat Taman Semarak, Nilai.

Bagi kesalahan tersebut, wanita berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 33(c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan (RM3,500 satu pertuduhan) dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 24 Julai, sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber, Lola kini diberi cuti tanpa gaji oleh majikannya sehingga kesnya selesai.






Diplomat M'sia di NZ dituduh dalam kes serangan seksual


utusan malaysia terkini

Diplomat M'sia di NZ dituduh dalam kes serangan seksual


indah.com

Diplomat M'sia di NZ dituduh dalam kes serangan seksual

30 Jun 2014
30/6/14
 
Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.

Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika diminta mengesahkannya,
memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa sidang akhbar mengenainya akan diadakan esok.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak. Malaysiakini






Datuk Saifuddin Letak Jawatan Bantah Kem. Pendidikan Berhentikan Pengarah UMCEDEL


utusan malaysia terkini

Datuk Saifuddin Letak Jawatan Bantah Kem. Pendidikan Berhentikan Pengarah UMCEDEL


indah.com

Datuk Saifuddin Letak Jawatan Bantah Kem. Pendidikan Berhentikan Pengarah UMCEDEL

GREENBOC 

Atas prinsip...saya letak jawatan'

SHAH ALAM - Kesal dengan tindakan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memutuskan untuk melepaskan jawatannya.

Saifuddin berkata, tindakan tersebut dilakukan adalah sebagai tanda sokongannya terhadap Mohamad Redzuan, serta atas prinsip kebebasan akademik.

“Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas Umcedel dan Dekan Fakulti Sains Sosial UM.

“Oleh kerana arahan daripada pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini, beliau diarah meletak jawatan sebagai Pengarah Umcedel. Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini," ujar Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

“Hari ini, beliau tidak disambung sebagai Dekan (walaupun dicalon oleh pensyarah FSSS). Saya tahu akan cerita ini sejak awal (melalui beliau dan Naib Canselor UM)...," kongsinya lagi di laman sosial Facebook miliknya.

Terdahulu memetik laporan sebuah portal, Mohammad Redzuan diarahkan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Umcedel oleh Kementerian Pendidikan atas ‘campur tangan politik’.

Menurut laporan itu lagi, walaupun Mohammad Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Kajian Umcedel yang kerap kali ‘memihak’ kepada Pakatan Rakyat dianggap sebagai antara punca Mohammad Redzuan dipaksa melepaskan jawatannya.

Antara hasil kajiannya ialah sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menurut laman sesawang UM, Mohammad Redzuan berkhidmat sebagai Pengarah Umcedel dari 26 Febuari 2012 hingga 31 Disember 2014. -SH
Profesor UM letak jawatan selepas diarah Kementerian Pendidikan


Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.

Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.

UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.

Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.

Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.

Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.

"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). ~TMI






Gambar-Gambar Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya


utusan malaysia terkini

Gambar-Gambar Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya


dairishare

Gambar-Gambar Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya

Gambar Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya