Tuesday, April 29, 2014

Kanak-kanak tersangkut dalam mesin basuh kerana nak ambil mainan


utusan malaysia terkini

Kanak-kanak tersangkut dalam mesin basuh kerana nak ambil mainan


indah.com

Kanak-kanak tersangkut dalam mesin basuh kerana nak ambil mainan

Bocah yang terjebak di mesin cuci. (Foto: Telegraph)  
kanak-kanak yang terperangkap di mesin basuh. (Foto: Telegraph) 
NANJING - Seorang kanak-kanak dua tahun berjaya diselamatkan oleh ahli bomba  setelah tubuhnya terperangkap di dalam mesin  basuh.

Seperti diberitakan Telegraph, Selasa (29/4/2014), kanak-kanak lelaki dari Nanjing, China, ini kakinya tersangkut ketika dia mengambil mainannya yang terjatuh ke dalam mesin basuh, sehingga dia tidak dapat mengeluarkan diri.

Sang ibu yang melihat anaknya terperangkap di dalam mesin basuh terus   membawa mesin tersebut ke luar rumah dan memanggil anggota bomba  setempat untuk mendapatkan bantuan.

Anggota bomba memutuskan untuk membongkar mesin basuh tersebut dengan memotong beberapa bahagian mesin basuh dengan gergaji dan tang hidrolik. Kemudian mereka menggunakan gergaji besi dan gunting untuk memecahkan keranjang yang membuat kaki anak itu tersangkut dan menariknya keluar.

Setelah dikeluarkan dari mesin basuh, anak tersebut tidak mengalami luka-luka. Namun, dia tetap dibawa ke rumah sakit untuk pemeriksaan lebih lanjut. (ade)
sumber:okezone 29/4/14 






No comments:

Post a Comment