Monday, November 17, 2014

Sekolah di Jepun lancar hari bertukar kelamin


utusan malaysia terkini

Sekolah di Jepun lancar hari bertukar kelamin


indah.com

Sekolah di Jepun lancar hari bertukar kelamin

17/11/14

Sekolah di Jepang bikin hari bertukar sifat jenis kelamin
Hari bertukar gender di sebuah sekolah di Jepun. mirror.co.uk ©2014 Merdeka.com 
Demi penyetaraan gender, sebuah sekolah di Jepun melancarkan minggu pertukaran sifat jenis kelamin. Hal ini dilakukan agar para siswa semakin memahami tradisi maskulin  dan feminin.

Stesyen televisyen tempatan Jepun NNN melaporkan, Ahad (16/11), Sekolah Menengah Atas Fuji Hokuryo  minggu ini membuat murid lelaki berpakaian seperti perempuan, lengkap dengan skirt  serta pita, begitu pula sebaliknya, yang wanita jadi lelaki.

Para siswa juga diberikan pemahaman bagaimana pergantian pakaian kadang memberikan efek pada keperibadian demikian juga perilaku di sekitar mereka. Itu sebabnya sekolah di Jepun sangat memperhatikan seragam anak-anak didiknya, terutama seragam para siswi dibuat khusus menonjolkan sifat perempuan mereka.

Sebanyak 300 siswa mengambil bahagian dalam acara hari pertukaran gender ini. Selain membebaskan para pelajar jadi dirinya sendiri, mereka juga membantu anak didiknya agar lebih memperhatikan norma-norma dan adab melalui  pendekatan jenis kelamin.
sumber: |Merdeka.com






Tuntutan palsu: Semak spesifikasi bina rumah PPRT


utusan malaysia terkini

Tuntutan palsu: Semak spesifikasi bina rumah PPRT


indah.com

Tuntutan palsu: Semak spesifikasi bina rumah PPRT

HARAKAHDAILY | 17 November 2014.
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pihak berkuasa menyemak semua pembinaan perumahan PPRT yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

Bagi Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid laporan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu menahan 23 kontraktor Kelas F termasuk seorang kontraktor wanita kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka, hanya secebis dari masalah yang berlaku di seluruh negara.

"Kami percaya banyak lagi projek perumahan penduduk luar bandar yang dibaikpulih dan yang dibina baru tidak melalui pemantauan yang teliti," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pihak berkuasa menyemak semua pembinaan perumahan PPRT yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

Laporan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu menahan 23 kontraktor Kelas F termasuk seorang kontraktor wanita kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka, hanya secebis dari masalah yang berlaku di seluruh negara.

Kami percaya banyak lagi projek perumahan penduduk luar bandar yang dibaikpulih dan yang dibina baru tidak melalui pemantauan yang teliti supaya semua kualiti binaan yang disyaratkan kepada kontraktor dipatuhi.

Kontraktor yang mendapat kerja untuk melaksanakan projek rakyat sepatutnya dipantau dengan teliti dan kontraktor yang dipilih memenuhi syarat tender mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kontraktor yang dilantik di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) bagi Parlimen Dungun dan Paka yang dilapor diambil tindakan oleh SPRM adalah petanda bahawa kemungkinan projek yang dilaksanakan di Parlimen yang lain juga tidak memenuhi kualiti yang ditetapkan.

Kami berpendapat mengguna kesempatan meraih keuntungan lumayan dari sebuah skim yang diperuntukkan untuk membantu golongan miskin adalah suatu pengkhianatan besar.

Apa lagi jika berlaku mereka yang bertanggungjawab memantau perlaksanaan projek tersebut juga bersekongkol sehingga golongan miskin menjadi mangsa kepada salah urus peruntukan.

Kami kesal pihak bertanggungjawab tidak bertindak dari awal lagi untuk memastikan projek untuk golongan miskin tidak disalahguna oleh pihak tertentu. Ratusan juta ringgit yang diperuntukkan dari wang awam sering disalah urus dan disalah guna sehingga berlaku ketirisan yang merugikan rakyat dan negara.

Kami mengambil perhatian serius bila program untuk membantu rakyat termiskin sering terdedah kepada penyalahgunaan peruntukan dan terdedah kepada percaturan politik pihak tertentu.

Anugerah kontrak melalui hubungan politik dan bukan berdasarkan merit dan kemahiran yang sepatutnya diutamakan adalah punca kepada kualiti binaan yang tidak memenuhi syarat.

Teras menegaskan ketirisan dalam penggunaan peruntukkan untuk membantu rakyat miskin tidak boleh dikompromi. Bukan sahaja ia adalah petanda peruntukkan disalahguna malah ia menunjukkan pihak berkuasa tidak efisien dalam menguruskan peruntukkan.

Kami melihat isu ini mendedahkan kelemahan pengurusan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa slogan kerajaan adalah pembela rakyat miskin boleh dipersoalkan.

Rakyat miskin terutama di luar bandar tidak boleh dijadi alat untuk kepentingan politik musiman dan bantuan yang bersifat kosmetik untuk meraih sokongan rakyat adalah suatu penghinaan kepada rakyat itu sendiri.

Kami menggesa supaya projek pembinaan atau baikpulih rumah rakyat miskin sama ada di luar bandar mahupun di bandar dipantau melalui sebuah badan yang khusus bagi memastikan segala syarat kontraktor serta kualiti pembinaan memenuhi speksifikasi yang dikenakan.

Pemantauan penganugerahan kontrak tidak boleh ditentukan melalui saluran politik. Amalan mengguna saluran politik yang selama ini digunapakai adalah punca kenapa pelbagai penyelewengan projek kerajaan berlaku.

Skim bantuan membina rumah rakyat miskin yang sering menjadi rebutan kontraktor kelas F akhirnya memberi peluang kepada ahli poltik menggunakannya untuk menyalurkan kontrak kepada kroni dalam jaringan politik masing-masing.

Amalan kronisme politik ketika mengendali projek rakyat inilah yang selalunya mengganggu pentadbiran agensi kerajaan bagi memastikan kualiti kerja kontraktor menepati syarat.

Sering berlaku keputusan dalam proses saringan menganugerah projek dicampurtangan oleh golongan politik sehingga jaminan  kualiti kerja ketika menyiapkan projek diketepikan. - HARAKAHDAILY 17/11/2014






Jom Lihat Kilang Anak Patung S3ks Di China


utusan malaysia terkini

Jom Lihat Kilang Anak Patung S3ks Di China


dairishare

Jom Lihat Kilang Anak Patung S3ks Di China

Sebuah bandar di China disenaraikan sebagai pengeluar terbesar anak patung s*ks.
Ningbo mempunyai bilangan tertinggi kilang anak patung s*ks di seluruh China dan dibanjiri dengan permintaan dari seluruh dunia yang tidak sabar-sabar untuk memeluk wanita palsu. Kos pembuatan untuk patung bersalut getah yang serendah £ 30 ($ 47).

Pekerja kilang Shu Mai, 40, berkata: 'Kadang-kadang ia agak ngeri melihat semua bahagian-bahagian badan yang terletak di sekelilingnya, kerana tidak ubah seperti rumah mayat gergasi.

'Sudah tentu saya tahu mereka tidak benar. Saya harap orang-orang yang membeli juga tahu semua itu, walaupun pada jualan dalam talian kami, lelaki meminta anak patung itu dengan nama.

'Saya rasa salah satu sebab kita telah menjadi begitu berjaya adalah kualiti yang kita hasilkan anak patung.'

Pekerja itu berkata: 'ia kelihatan cantik, mudah kembung dan tidak mengempiskan terlalu cepat. Para pelanggan kami suka seperti itu. '












Ngeri, Ulat Bersarang di Telinga Ketika Tidur


utusan malaysia terkini

Ngeri, Ulat Bersarang di Telinga Ketika Tidur


indah.com

Ngeri, Ulat Bersarang di Telinga Ketika Tidur

17/11/14

Pemuda ini tak sedar telinganya menjadi sarang ulat ketika  tidur.

Dikutip dari Daily Record.co.uk, Isnin (17/11/2014), peristiwa itu bermula ketika lalat bertelur di lubang telinganya. Ketika itu si pemuda yang tak disebutkan namanya tak sedar kerana sedang tertidur nyenyak.

Tak disebutkan berapa lama si pemuda tertidur hingga telur-telur lalat itu menetas. Namun dia mengeluh ada sesuatu yang bergerak di telinganya sehingga memutuskan berjumpa doktor

"Jika kami tak mengeluarkannya, larva-larva yang menggeliat itu akan memakan daging telingnya, lalu menyusup ke dalam otak dan boleh berujung pada kematian," ujar Dr Vikram Yadav di India.

Ketika proses pembersihan, terlihat puluhan larva itu masih hidup.

Ulat di telinga adalah masalah umum di daerah tropis dan subtropis. Penderita biasanya mengeluh berdengung di telinga dan telinga berair. Menurut pakar, tingkat kematian akibat hal itu adalah 8%.

Biasanya peristiwa itu kerap terjadi pada anak-anak yang lebih muda dari 10 tahun atau pada individu lemah.

Cara terbaik untuk mengeluarkan larva itu dengan membuat mereka lemas sehingga akan keluar dengan sendirinya.

"Jika ada yang tidur, anak, orang tua, dan anda melihat lalat di sana, tutupi mereka. Sehingga mereka tidak masuk ke dalam lubang pada tubuh dan bertelur. Pencegahan lebih baik," kata Yadav 
sumber: vivaNews






Selagi Kes Culik Tak Selesai, Tak Jamin Sabah Selamat Untuk Pelancong - Menteri pelancongan


utusan malaysia terkini

Selagi Kes Culik Tak Selesai, Tak Jamin Sabah Selamat Untuk Pelancong - Menteri pelancongan


IdaMan

Selagi Kes Culik Tak Selesai, Tak Jamin Sabah Selamat Untuk Pelancong - Menteri pelancongan



Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata enggan mengambil risiko mempromosikan Sabah selagi kes penculikan melibatkan pelancong asing di negeri itu masih belum selesai.

Menteri pelancongan itu berkata beliau sendiri tidak mahu pergi ke Lahad Datu buat masa ini, apatah lagi menggesa duta Malaysia di luar negara mempromosikan kawasan pelancongan yang masih belum selamat itu.

"Saya tidak berani hendak bagi jaminan Sabah selamat sedangkan ada lagi dua kes penculikan masih belum selesai.

"Saya tidak akan cakap dengan duta-duta kita (supaya) yakinkan pelancong luar datang ke Sabah... saya tidak akan buat," katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri berkata demikian menjawab isu dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid yang mencadangkan agar kementerian meminta bantuan duta Malaysia mempromosikan kawasan tersebut.

"Macam mana saya hendak yakinkan orang kalau kes itu tidak selesai lagi, kes itu turut melibatkan anggota polis, konstabel yang bertugas menjaga perairan Sipadan. Adakah itu selamat?" soalnya.

"Saya tidak mahu tanggung (akibatnya). Kalau saya bagi jaminan Sabah sudah selamat, berduyun-duyun (orang) datang.

Dan kalau seorang kena culik, saya yang kena nanti," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu. Nazri berkata, pelancong lebih takut dengan insiden penculikan berbanding insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Pelancong merasakan penculikan di Sabah lebih menakutkan daripada insiden kapal terbang, sebab saya sendiri pun takut.

"Pada mereka MH370 boleh berlaku pada mana-mana penerbangan, tapi untuk ke Sabah, mereka (pelancong) takut sebab penculikan berlaku di sana," katanya.

"Saya sendiri tidak mahu ke Lahad Datu, tidak mahu cari pasal." Pada tengah malam 16 Jun lepas, sekumpulan lelaki bersenjata api menyerbu rumah atas air yang didiami pengusaha kolam ikan Chan Sai Chiun di Kunak, Sabah sebelum melarikannya dengan sebuah bot laju menghala ke perairan antarabangsa.

Selain Chan, seorang lagi rakyat Malaysia Konstabel Zakiah Aleip masih berada dalam tawanan penculik di Selatan Filipina selepas dilarikan dari Pulau Mabul di perairan Semporna pada 12 Julai lepas.

Penculik yang menculik Chan didakwa menuntut RM3 juta sebagai syarat pembebasan.

The Malaysian Insider






Terlalu lama menduda, lelaki kahwini boneka


utusan malaysia terkini

Terlalu lama menduda, lelaki kahwini boneka


indah.com

Terlalu lama menduda, lelaki kahwini boneka

 17 November 2014
Pria Ini Nikahi Boneka Seks karena Kelamaan Jadi Jomblo
Daily Mail
Keluarga Kharn, (kanan), 56, dan bonekanya Alektra.

  Bersendirian, ternyata boleh menyebabkan seseorang memutuskan hal menakjubkan, bahkan boleh dikatakan tak masuk akal.
Itu seperti yang dilakukan lelaki bernama Karn ini. Kerana lama tak memiliki kekasih atau isteri, dia memutuskan berkahwin dengan boneka yang menjadi alat bantu seks.

Lelaki berusia 56 tahun ini, begitu mencintai Alektra, begitulah ia menamakan boneka seks seharga hampir Rp 20 juta tersebut.
Boneka ini lah, yang menemani Kharn sehari-hari selama ini. Boneka seks ini, bahkan sudah menjadi pendamping Kharn selama 12 tahun.

Kisah hubungan mereka, sebenarnya bermula ketika 20 tahun silam. Persisnya, ketika Kharn bercerai dengan isterinya. Setelah itu, ia mencuba berkencan dengan beberapa wanita berbeda. 

Namun, tetap saja tak ada yang menurutnya sesuai di hati. Akhirnya, dia menjatuhkan pilihannya pada sebuah boneka seks. 

Boneka ini dibelinya pada tahun 1998. Boneka bernama Alektra ini, dibentuk khusus mirip dengan artis porno Amerika Alektra Blue. Tapi, Kharn mengaku tak pernah berhubungan seks dengan bonekanya.
sumber:TRIBUNNEWS.COM 






Apa kerajaan buat, harga komoditi peneroka menjunam


utusan malaysia terkini

Apa kerajaan buat, harga komoditi peneroka menjunam


indah.com

Apa kerajaan buat, harga komoditi peneroka menjunam

ANIS NAZRI | 17 November 2014.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meneruskan jelajah ke tanah-tanah rancangan di seluruh negara bagi berdialog bersama peneroka berhubung isu berkaitan mereka.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata melalui siri jelajah dan dialog tersebut, para peneroka berpeluang mendengar informasi terkini berkaitan bidang mereka, selain menjadi platform untuk mereka mengemukakan aduan kepada Anak.

Menurutnya, semalam pihaknya mengadakan dialog dengan para peneroka di Felda Mempaga, Bentong yang rata-ratanya melahirkan kebimbangan berhubung harga komoditi yang semakin menurun sehingga menjejaskan kehidupan mereka.

Tambah beliau, mereka juga tertanya-tanya mekanisme yang akan dilaksanakan kerajaan dalam memastikan harga komoditi tidak terus menjunam bagi menjamin kelangsungan hidup mereka.

"Perlu diingatkan, para peneroka ini bergantung hidup semata-mata dengan tanaman mereka. Jika harga komoditi semakin membimbangkan, sudah tentu ia memberi kesan kepada pendapatan mereka.

"Mereka mahukan jaminan kerajaan, mekanisme apa yang akan digunakan kerajaan bagi memastikan mereka dapat keluar dari kesukaran tersebut," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Mazlan, ekoran kemuruduman harga komoditi ini, para peneroka terpaksa pula menanggung pengurusan kebun yang bermasalah yang menyebabkan sasaran untuk mendapatkan hasil terjejas.

Katanya, apabila satu masalah besar timbul, ia akan memberi kesan kepada isu-isu berkaitan peneroka yang saling kait-mengait.

Malah, dengan keadaan itu, kata Mazlan menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan mempersoalkan beberapa insentif Felda yang dahulunya mudah, kini semakin sukar diterima.

"Sebagai contoh, beberapa insentif seperti bantuan anak melanjutkan pelajaran, bantuan pinjaman perumahan yang kini semakin sukar diterima ekoran masalah-masalah yang timbul akibat kemuruduman harga sawit," tegasnya.

Justeru, kebanyakan para peneroka mendesak kerajaan untuk segera mencari satu mekanisme bagi mengatasi maslaah tersebut, selain memberi jaminan untuk  memastikan kelangsungan hidup mereka.

Menurutnya lagi, siri jelajah itu akan diteruskan ke bahagian utara semenanjung pada minggu hadapan.

Selain beliau, pada program semalam di Felda Mempaga, turut hadir ialah Penasihat Ekonomi Anak, Dr. Rosli Yaakop, Timbalan Pengerusi Anak, Aris Fezul Ismail, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Nasaie Ismail, dan Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda. - HARAKAHDAILY 17/11/2014