Friday, May 30, 2014

Keluarga marah terus diperbodoh dalam perkembangan terkini misteri MH370


utusan malaysia terkini

Keluarga marah terus diperbodoh dalam perkembangan terkini misteri MH370


indah.com

Keluarga marah terus diperbodoh dalam perkembangan terkini misteri MH370

OLEH MUZLIZA MUSTAFA May 31, 2014
Waris penumpang dan anak kapal MH370 mahu tahu perkara sebenar, bukan lagi penipuan dan penafian pihak berkuasa. Gambar fail The Malaysian Insider.Waris penumpang dan anak kapal MH370 mahu tahu perkara sebenar, bukan lagi penipuan dan penafian pihak berkuasa. Gambar fail The Malaysian Insider.Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 rasa tertipu susulan daripada pengumuman terkini, selepas dua bulan operasi mencari pesawat itu, pencari mungkin mencarinya di lokasi yang salah.
“Mereka sudah tahu perkara ini. Mereka ada keraguan mengenai lokasi di mana MH370 kali terakhir ‘dikesan’ sejak dari awal.

“Kami sudah tahu. Pendedahan terbaru mengenai ping dan kenyataan daripada Australia membuktikan keraguan dan kecurigaan kami mengenai kedudukan terakhir pesawat itu,” kata Zahida Hasnan kepada The Malaysian Insider.

 Zahida dari Singapura adalah kakak kepada Mohd Hazrin Hasnan, seorang daripada 12 anak kapal MH370 yang lesap pada 8 Mac bersama 227 penumpang itu.
Katanya, lokasi itu, berdasarkan kepada data satelit syarikat British, Inmarsat dan ping yang didakwa pihak berkuasa datang dari kotak hitam pesawat berkenaan, hanya ‘plot’ untuk mengalih perhatian dunia daripada kebenaran.

“Mereka tahu sesuatu tetapi tidak beritahu saya,” kata Zahida.
Pegawai Australia semalam mengesahkan pesawat MH370 tidak berada di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi.
Zahida berkata, beliau penat bersabar dan ‘dibuli’ oleh pihak berkuasa yang terus menipu keluarga.
“Saya penat dengan semua ini. Kami perlu pembabitan penyiasat persendirian. Kami perlu ketelusan dan perkongsian maklumat dengan cepat,” kata Zahida.

Beliau berkata, di sebalik maklumat yang dipegang oleh pihak berkuasa, terutama daripada kerajaan Malaysia, dunia nampaknya lebih ke depan dalam memberi maklumat.
Zahida berkata, kedua-dua perdana menteri Malaysia dan Australia, Datuk Seri Najib Razak dan Tony Abbott masing-masing, menipu sejak dari awal.
“Mereka tidak boleh dipercayai lagi,” kata Zahida.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan semalam berkata, kenderaan bawah laut automatic Bluefin-21 melengkapkan misinya pada Rabu, dan selepas meneliti lebih 850 kilometer persegi di dasar laut, ia tidak menemui sebarang tanda bangkai pesawat itu.
Lokman Mustafa, abang kepada penumpang MH370, Suhaili, berkata pengumuman JACC tidak memeranjatkan kerana kebanyakan rakyat Malaysia percaya pesawat itu tidak terhempas di selatan Lautan Hindi.
“Ketiadaan sebarang bangkai atau serpihan, dan empat ping yang diterima itu tidak berkait dengan pesawat itu mengukuhkan lagi kepercayaan ini,” katanya.

Beliau berkata, masih ada yang bercakap mengenai laporan terdahulu iaitu MH370 membuat pendaratan kecemasan di satu tempat di selatan China sementara yang lain percaya ia dirampas, dan dibawa ke lokasi rahsia.
“Malah ada juga yang mengatakan mengenai kenyataan oleh kapten tidak bernama iaitu ‘pesawat itu tidak pernah meninggalkan ruang angkasa Malaysia’,” katanya.
Bercakap bagi pihak keluarganya, Lokman berkata, mereka bersetuju dengan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk menyiasat perkara ini dan menyelamatkan kredibiliti Malaysia.

“Dan ya, mengapa tidak membenarkan pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.
“Sebagai keluarga penumpang pesawat itu, kami terus berharap, pihak berkuasa sepatutnya tidak cuba memberi penutup tanpa jawapan pasti.
“Oleh itu, pengumuman (oleh Najib) ‘pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi’ sudah tentu ada kelonggaran,” katanya.
Sementara itu, K S Narendran, suami kepada penumpang, Chandrika Sharma, mempunyai lebih banyak soalan selepas pengumuman JACC.

Beliau berkata, ini adalah jelas menunjukkan kekurangan kepimpinan, ketidakcekapan dan kekurangan bahagian terperinci dan akibat kredibiliti rendah semua pihak terbabit.
“Memandangkan sudah lama rakyat tidak mempercayai sumber rasmi, kini semua bebas untuk melontarkan idea, spekulasi,” kata Narendran.
Katanya, hingga kini tiada sesiapa yang tahu siapa pakar yang mengetuai pencarian itu.

“Kita tidak ada nama, atau kelayakan mereka. Setakat ini, tiada yang tampil untuk mendapatkan kepakaran pihak lain atas semangat inkuiri kerjasama untuk memberikan perkara sebenar kepada umum.
“Kita masih tidak tahu siapa ahli tiga jawatankuasa yang diumumkan pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein), walaupun sudah berulang kali meminta maklumat itu.

“Saya bangkitkan perkara ini untuk menunjukkan maklumat asas yang sepatutnya boleh diakses dengan mudah juga ditahan,” kata Narendran.
JACC dalam kenyataannya berkata:”Data yang dikumpul daripada misi semalam (Rabu) sudah dianalisis. Hasilnya, JACC boleh menyatakan tiada tanda serpihan pesawat ditemui oleh kenderaan bawah laut automatic sejak ia menyertai usaha mencari itu.

“Oleh itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia menasihatkan pencarian di kawasan di mana akustik dikesan sebelum ini kini dianggap selesai dan mengikut penilaian professional, kawasan itu boleh dikatakan bukan tempat terakhir persemadian MH370.”
Penemuan ping pada 5 dan 8 April menjadi permulaan yang penting, dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott melahirkan keyakinan pencari tahu di mana bangkai pesawat itu berada dalam kawasan beberapa kilometer.

Bagaimanapun, imbasan terperinci di kawasan seluas 850 kilometer persegi di sekeliling ping diterima menggunakan kapal selam gagal menemui tanda bangkai. Tiada serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu ditemui walaupun usaha pencarian itu adalah paling besar dan mahal dalam sejarah penerbangan.

Ping yang menjadi petunjuk utama untuk mengesan pesawat hilang itu, bagaimanapun tidak lagi dipercayai datang daripada kotak hitam MH370, lapor CNN.

Timbalan Pengarah Kejuruteraan Laut Tentera Laut AS, Michael Dean memberitahu CNN kini ada persetujuan ping itu datang daripada sumber buatan manusia lain yang tidak berkait dengan pesawat itu.
Bercakap kepada CNN, Dean berkata, jika ping itu daripada perakam pesawat berkenaan, pencari sudah pasti menemuinya.
Dean berkata dalam laporan CNN, negara lain yang terbabit dalam pencarian MH370 turut membuat kesimpulan sama.

Katanya, walaupun tidak mungkin untuk menolak sepenuhnya teori ping itu datang daripada kotak hitam pesawat berkenaan, tidak ada bukti mencadangkan sebaliknya. – 31 Mei 2014 . The Malaysian Insider






Pegawai SPR bertekak dengan wartawan portal


utusan malaysia terkini

Pegawai SPR bertekak dengan wartawan portal


indah.com

Pegawai SPR bertekak dengan wartawan portal

- 31 May 2014
Ketegangan tercetus sebentar di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan apabila dua wartawan portal berita bertekak dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sebuah pusat pengundian.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 10 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah bermula apabila seorang pegawai wanita SPR meminta pihak media keluar dari kawasan sekolah.

Dua wartawan portal itu kemudian bersemuka dengan pegawai yang mendakwa sekumpulan enam petugas media telah "mengganggu" pengundi.

Semua wartawan terbabit menegaskan mereka hanya berdiri di hadapan koridor menunggu lawatan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud ke pusat pengundian itu.

Berikutan itu, seorang anggota polis datang bercakap dengan pegawai SPR berkenaan yang kemudiannya membenarkan pihak media menunggu di situ.

Sebelum itu, beberapa jurugambar mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan mengambil gambar di kawasan sekolah berkenaan.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.
  
Rakyat Teluk Intan hari ini memilih sama ada Dyana atau calon BN Datuk Mah Siew Keong bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat.
  
Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan Mah dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.Malaysiakini






5 Kanak-kanak diperkosa


utusan malaysia terkini

5 Kanak-kanak diperkosa


indah.com

5 Kanak-kanak diperkosa

New Delhi - Sorotan terhadap kes pemerkosaan di India kembali marak. Pemilik dan pengelola sebuah sekolah asrama anak di India yang berusia 52 tahun ditangkap polis  setelah lima anak diperkosa dan dipaksa menonton film porno lalu mempraktikannya.

Parahnya lagi, anak-anak tersebut dipaksa makan tahi anjing jika mereka tidak mematuhi perintah. Demikian  Reuters melaporkan pada Jumaat (30/5/2014).

Pemilik  sekolah asrama anak bernama Chandraprabha Charitable Trust dan pengurus  sekolah tersebut (30) yang seorang wanita, ditangkap Polis India pada  26/5/14 lalu, setelah polis  menggeledah sekolah yang ada di kota Karjat, Maharashtra.

"Kami menerima  aduan dari yayasan Childline yang menyatakan ada anak yang pulang ke rumah ketika liburan dan mengakui kepada ibunya bahawa telah terjadi penganiayaan," terang Inspektor Polis  RR Patil dari polis  Karjat kepada Thomson Reuters Foundation.

"Jumlah semua kini ada lima anak yang memberi keterangan dan kami menjeratkan bermacam dakwaan terhadap dua suspek," tambahnya  . Dakwaan yang dimaksud termasuk juga dakwaan sodomi, penyekapan dan kekerasan seksual.

Sekolah asrama tersebut menampung 28 anak kurang mampu, yang berusia antara 4-14 tahun. Setiap tahunnya, anak-anak itu menghabiskan waktu 10 bulan untuk belajar di sekolah asrama, sedangkan  bakinya mereka akan pulang ke rumah untuk bercuti.

Polis kini sedang menyiasat apakah ada anak lain yang juga menjadi korban penganiayaan, dan juga apakah ada pelaku lain yang terlibat. detikNews






Lapangan Terbang Terbiar Yang Di Makan Usia


utusan malaysia terkini

Lapangan Terbang Terbiar Yang Di Makan Usia


dairishare

Lapangan Terbang Terbiar Yang Di Makan Usia

Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia ditinggalkan selama hampir 40 tahun. Lapangan terbang ini yang hanya beroperasi selama 6 tahun. Pada tahun 1974, Turki menyerang bahagian utara pulau itu, kerana lapangan terbang itu secara langsung di dalam zon penimbal Bangsa-Bangsa Bersatu, yang memisahkan wilayah Turki daripada kawasan Yunani Cyprus.















Jangan Mudah Terpedaya Dengan Apa Yang Anda Lihat


utusan malaysia terkini

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Apa Yang Anda Lihat


dairishare

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Apa Yang Anda Lihat

Visi kami adalah mudah tertipu. Sebagai contoh, lukisan menakjubkan realistik, bermain dengan perspektif dan warna, dan regangan ke dalam unsur-unsur seni bina jarak dan mewujudkan ilusi . Kesan optik juga digunakan dalam fotografi. Kadang-kadang walaupun yang amatur pun boleh membuat "memperdaya" gambar.
















Dua Mangsa Culik Di Semporna Berjaya Dibebaskan


utusan malaysia terkini

Dua Mangsa Culik Di Semporna Berjaya Dibebaskan


IdaMan

Dua Mangsa Culik Di Semporna Berjaya Dibebaskan



[mstar]- Dua wanita yang didakwa diculik dari sebuah resort di Sabah pada April lalu telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara ini melalui akaun Twitternya setelah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat.

"Saya baru sahaja diberi taklimat oleh PDRM bahawa dua wanita yang diculik di sebuah resort di Sabah pada April lalu telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita.

"Kita sedang mengambil langkah untuk memudahkan urusan membawa pulang warga China ke negaranya secepat mungkin," katanya menerusi 'Tweet' kira-kira pukul 7.30 petang Jumaat.

Najib yang sedang mengadakan lawatan kerja ke China selama enam hari berkata mereka yang diculik dilepaskan tanpa perlu membayar wang tebusan.

"Tiada wang tebusan dibayar untuk pembebasan mereka.

"Kejayaan ini kerana kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kes ini.

April lalu, seorang wanita warga China yang dikenal pasti sebagai Gao Hua Yun, 29 dan pekerja resort dari Filipina, Marcy Dayawan, 40 telah diculik dari resort Singamata Reef, berhampiran Semporna.

Polis percaya kumpulan yang bertanggungjawab menculik dua wanita itu berpangkalan di selatan Filipina dan mahu mendapatkan wang tebusan.

Polis turut mengesyaki bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendapat "bantuan dalaman'' untuk memasuki resort itu.

Sementara itu The Star Online melaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari pulau Jolo Selatan Filipina dan tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang Jumaat.

Mereka diiringi anggota keselamatan dari Malaysia.

Menurut seorang pegawai keselamatan, dua orang pegawai telah bertolak ke Jolo pada pukul 10.30 pagi dan tiba di sana dua jam kemudian.

Dengan bantuan rakan-rakan dari Filipina, pegawai tersebut berjaya menyelamatkan Gao dan Marcy dari lokasi pergunungan terpencil di pulau itu.






Kajol Nafi Buat Pembedahan Plastik Untuk Putihkan Kulit


utusan malaysia terkini

Kajol Nafi Buat Pembedahan Plastik Untuk Putihkan Kulit


dairishare

Kajol Nafi Buat Pembedahan Plastik Untuk Putihkan Kulit

Beberapa waktu belakangan ini, kulit Kajol kelihatan semakin cerah. Inilah yang membuat khabar angin bahawa beliau sudah melakukan pembedahan skin melanin untuk memutihkan kulit, semakin heboh di perkatakan.

Namun Kajol menafikan bahawa beliau sudah melakukan oplas. Menurut ibu dua anak itu, wajahnya semakin cerah kerana akhir-akhir ini ia jarang keluar rumah.

"Dalam 10 tahun kehidupanku, aku bekerja di bawah cahaya matahari sepanjang masa. Itulah yang membuat kulit saya semakin gelap. Setelah aku berehat di rumah, tidak melalukan penggambaran di luar, warna kulit saya kembali putih. Jadi ini bukan pembedahan memutihkan kulit, tetapi ini adalah pembedahan berehat di rumah, "ujar Kajol sambil berjenaka.

Selain duduk diam di rumah, Kajol mendedahkan bahawa wajahnya semakin kelihatan cerah juga berkat diet sihat yang beliau lakukan. Makanan sihat membuat kulitnya lebih sihat, dan akhirnya ia nampak makin cantik.

Khabar angin bahawa Kajol melakukan pembedahan skin melanin bertiup kencang selepas sebuah majalah tetang dirinya beredar tidak lama lalu. Di dalam majalah itu, wajah Kajol memang kelihatan semakin putih dan bersih.

Di India, ada dua kumpulan yang berseteru soal warna kulit. Ada yang pro dengan penggunaan pemutih kulit, ada juga yang mengatakan lantaran menganggap warna kulit coklat adalah identiti mereka, sehingga tidak perlu melakukan pemutihan kulit. Inilah yang membuat perubahan wajah Kajol menjadi kontroversi di India.

Terlepas dari pembedahan atau tidak. Yang pasti, Kajol semakin lama makin menawan.