Tuesday, April 29, 2014

MH370: Australia Tolak Dakwaan GeoResonance


utusan malaysia terkini

MH370: Australia Tolak Dakwaan GeoResonance


indah.com

MH370: Australia Tolak Dakwaan GeoResonance


April 29, 2014 
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia menolak dakwaan sebuah syarikat penerokaan marin bahawa imej yang ditemui di Teluk Benggala mungkin daripada pesawat MH370 yang hilang.

GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide dilaporkan media Malaysia dan Channel Seven Australia bahawa ia mengesan kemungkinan serpihan daripada pesawat berkenaan di lokasi 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.

Pada Selasa, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau akan mengesahkan maklumat itu dengan Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia yang mengetuai operasi mencari itu.

“Lokasi MH370 yang dicadangkan laporan GeoResonance itu (di Teluk Benggala) bukan dalam zon mencari dan menyelamat Australia.

“Operasi mencari yang diketuai Australia bergantung kepada maklumat daripada satelit bagi menentukan lokasi pesawat yang hilang itu," kata seorang jurucakap kerajaan Australia kepada AFP.

Beliau berkata, lokasi yang dinyatakan laporan GeoResonance itu bukan dalam lengkung pencarian yang dirumuskan daripada data berkenaan

“Pasukan mencari antarabangsa berpuas hati bahawa lokasi pesawat itu berakhir ialah di bahagian selatan lengkung pencarian itu," katanya.

Sumber






MCA perlu nyatakan sikap selepas Umno sokong hudud, kata DAP


utusan malaysia terkini

MCA perlu nyatakan sikap selepas Umno sokong hudud, kata DAP


indah.com

MCA perlu nyatakan sikap selepas Umno sokong hudud, kata DAP

April 29, 2014
MCA digesa supaya menyatakan pendirian tegas mengenai pelaksanaan hudud selepas Umno secara terbuka menyokong hasrat PAS membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian di Parlimen untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok (gambar) berkata, Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai perlu jelaskan pendirian sebenar MCA dan keputusan yang akan diambil ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan pusat tidak pernah menolak pelaksanaan hudud.
"Kebisuan MCA bukan hanya sebab mereka tidak pernah ada keberanian untuk bersemuka dengan Umno malah takut hilang peluang menyertai semula Kabinet," kata Teresa dalam kenyataannya hari ini.


 Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, ramai pemimpin MCA sejak kebelakangan ini memberi respons mengenai usaha PAS melaksanakan hudud dengan menyerang DAP.

Namun katanya, serangan mereka terhadap DAP lebih bersifat tipu dan fitnah kerana kedudukan DAP dalam persoalan hudud sejak dulu amat jelas dan konsisten bahawa hudud melanggar prinsip Perlembagaan dan tidak sesuai bagi masyarakat majmuk di Malaysia
"DAP parti berprinsip dan berpegang pada kata-kata, tidak seperti MCA yang hanya menjadi parti sesumpah untuk kelangsungan politik," katanya.

Katanya, MCA  mungkin mudah lupa mereka pernah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad semasa deklarasi September 2001 bahawa Malaysia adalah negara Islam, dan rakyat sama sekali tidak akan lupa tentang sejarah MCA sudah “dibeli”.
Berbeza dengan DAP menurut Teresa secara lantang menentang deklarasi Mahathir dan menyatakan pendirian jelas yang DAP tidak menyokong mana-mana konsep pembentukan negara Islam, sama ada ala PAS atau Umno.

"MCA perlu segera hentikan kenyataan tidak berasas terhadap DAP untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kegagalan parti itu menyatakan respons terhadap kenyataan Najib," katanya.
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno minggu lalu memutuskan untuk menyokong pandangan Najib dan menunggu masa untuk mengadakan muzakarah (perbincangan) dengan PAS terlebih dahulu sebelum memutuskan bagi melaksanakan hukum berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu dilaporkan berjumpa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman bekas menteri besar Kelantan itu di Kota Bharu, dipercayai mengadakan perbincangan lanjut mengenai hudud. – 29 April, 2014. TMI






Mesir hukum mati tiga orang yang sudah meninggal


utusan malaysia terkini

Mesir hukum mati tiga orang yang sudah meninggal


indah.com

Mesir hukum mati tiga orang yang sudah meninggal

29 Apr 2014
Mesir vonis mati tiga orang yang sudah meninggal
Pendukung Muhammad Mursi. foxnews.com

S 

 Doktor Badawi dinyatakan berada di antara 37 orang yang meninggal setelah pasukan keselamatan Mesir membubarkan dua kem tunjuk  perasaan dari para pendukung mantan Presiden Muhammad Mursi pada 14 Ogos tahun lalu. Namun, namanya masuk dalam salah satu dari 683 pendukung Ikhwanul Muslimin yang dijatuhi hukuman gantung kelmarin oleh sebuah mahkamah di Negera Sungai Nil itu.

Kes ini tidaklah unik. Seorang peguam mengatakan dua terdakwa lainnya yang dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di pusat Kota Minya atas tuduhan melakukan demonstrasi dalam mendukung mantan Presiden Muhammad Mursi itu ternyata sudah meninggal di hari berlangsungnya protes pada Ogos tahun lalu, seperti dilapor  web  Emirates247, Selasa (29/4).

Ini adalah sebuah contoh ekstrem dari apa yang masyarakat internasional gambarkan sebagai sandiwara mahkamah dari pengadilan massal yang hanya dilakukan dua kali dengan sesi singkat dan mengakibatkan hukuman mati bagi ratusan terdakwa, di mana sebahagian besar dari mereka bahkan tidak dalam tahanan.

Peguam Khaled Elkomy mengatakan sidang dijalankan kemarin itu hanya berlangsung selama sepuluh minit. Tidak satu pun dari para terdakwa dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan
Beberapa wanita dari keluarga para terdakwa pengsan di luar mahkamah usai mendengar vonis mati dijatuhkan Hakim Said Youssef Sabry.

Sabry menjatuhi vonis mati terhadap 683 terdakwa, termasuk Muhammad Badii, pemimpin Ikhwanul Muslimim, organisasi kini dilarang di Mesir, setelah menyatakan mereka bersalah atas kes pembunuhan dan percubaan pembunuhan dari beberapa polis  pada 14 Ogos tahun lalu ketika terjadinya demonstrasi.
Sabry pada Mar  lalu telah meringankan hukuman terhadap 492 terdakwa divonis mati menjadi penjara seumur hidup dari sebuah pengadilan massal serupa lainnya. Namun, dia tetap memvonis mati 37 orang bakinya.

"Di antara mereka adalah doktor Badawi, yang tertembak dan meninggal di hari insiden yang dituduhkan terhadap para terdakwa," kata Samia Abu Amr, saudara Badawi, sambil memegang selembar kertas kusut berisi 37 daftar nama telah meninggal pada Ogos tahun lalu.
"Keluarga Badawi menerima panggilan mahkamah pada 23 AOgos tahun lalu, sembilan hari setelah kematian Badawi," kata peguam  Muhammad Abdul Wahab. Dia tidak memberikan nama depan sang doktor.

Pendakwa  Abdul Rahim Abdul Malik mengatakan hanya 73 dari 683 terdakwa yang dijatuhi hukuman mati kelmarin berada dalam tahanan. Sementara lainnya mempunyai hak untuk sebuah mahkamah ulang jika mereka menyerahkan diri.
"Setidaknya tiga dari mereka yang dinyatakan bersalah sedang berada di luar negera di hari terjadinya dugaan pelanggaran dan memiliki visa Arab Saudi untuk membuktikannya," ujar peguam Arabi Mabrouk.
"Mahkamah bahkan tidak melakukan kaji selidik dasar terhadap para terdakwa," ujar kolega Mabrouk, Muhammad Salama.

Samia mengatakan saudaranya itu tidak pernah berpartisipasi dalam setiap protes. Dia menjelaskan namanya telah ditambahkan ke daftar terdakwa semata-mata kerana dia telah menolak untuk memberikan wang untuk seorang anggota polis .
 Merdeka.com 






Kanak-kanak tersangkut dalam mesin basuh kerana nak ambil mainan


utusan malaysia terkini

Kanak-kanak tersangkut dalam mesin basuh kerana nak ambil mainan


indah.com

Kanak-kanak tersangkut dalam mesin basuh kerana nak ambil mainan

Bocah yang terjebak di mesin cuci. (Foto: Telegraph)  
kanak-kanak yang terperangkap di mesin basuh. (Foto: Telegraph) 
NANJING - Seorang kanak-kanak dua tahun berjaya diselamatkan oleh ahli bomba  setelah tubuhnya terperangkap di dalam mesin  basuh.

Seperti diberitakan Telegraph, Selasa (29/4/2014), kanak-kanak lelaki dari Nanjing, China, ini kakinya tersangkut ketika dia mengambil mainannya yang terjatuh ke dalam mesin basuh, sehingga dia tidak dapat mengeluarkan diri.

Sang ibu yang melihat anaknya terperangkap di dalam mesin basuh terus   membawa mesin tersebut ke luar rumah dan memanggil anggota bomba  setempat untuk mendapatkan bantuan.

Anggota bomba memutuskan untuk membongkar mesin basuh tersebut dengan memotong beberapa bahagian mesin basuh dengan gergaji dan tang hidrolik. Kemudian mereka menggunakan gergaji besi dan gunting untuk memecahkan keranjang yang membuat kaki anak itu tersangkut dan menariknya keluar.

Setelah dikeluarkan dari mesin basuh, anak tersebut tidak mengalami luka-luka. Namun, dia tetap dibawa ke rumah sakit untuk pemeriksaan lebih lanjut. (ade)
sumber:okezone 29/4/14 






Anwar sokong kenyataan Obama isu minoriti


utusan malaysia terkini

Anwar sokong kenyataan Obama isu minoriti


indah.com

Anwar sokong kenyataan Obama isu minoriti

29 Apr 2014
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu layanan ke atas golongan minoriti adalah satu perkara yang sememangnya perlu dibimbangkan.

“Tidak kiralah apa yang Zahid kata. Apa yang anda jangka menteri dalam negeri itu akan cakap?,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Zahid semalam menyanggah kenyataan Barack Obama yang menyatakan Malaysia tidak akan berjaya jika golongan bukan Islam tidak diberikan peluang yang sama seperti orang Islam.

Anwar mendakwa, pandangan Obama berhubung isu tersebut terbentuk melalui pertemuan dengan kumpulan masyarakat sivil semasa kunjungan singkat presiden Amerika Syarikat itu ke Malaysia, hujung minggu lalu.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa golongan miskin di Malaysia yang dipinggirkan itu sebahagian besarnya terdiri daripada golongan Melayu bumiputera dan Orang Asal Sabah dan Sarawak.

Anwar turut menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mengaku sebagai seorang “reformis” pada Obama.

“Inilah alasan Najib sejak sedekad lalu. Ini hanya helah untuk mengelak atau dijadikan alasan kepada ketidakcekapan atau kelemahannya.

“Kenapa anda jadi PM sebuah negara jika tidak boleh pertahan maruah dan harga diri setiap warganya?

“Seorang PM di Malaysia berkuasa seperti seorang maharaja, dan anda beritahu saya dia seorang reformis kerana dia tiada kuasa?,” katanya.

Anwar berkata Najib tidak boleh mengelak atau enggan bertindak ke atas golongan seperti PERKASA atau bekas MP Zulkifli Noordin.

“Anda (Najib) membiaya PERKASA. Anda tidak boleh kata anda tidak buat apa-apa tindakan mengenai mereka. Zulkifli Noordin, anda yang calonkan dia dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.

“Bagaimana dengan isu Bible? Anda juga tidak boleh buat apa-apa?,” soalnya.Malaysiakini






Gila!! Keadaan Dalam Tandas Di Hotel Ini Boleh Di Lihat Dari Luar


utusan malaysia terkini

Gila!! Keadaan Dalam Tandas Di Hotel Ini Boleh Di Lihat Dari Luar


dairishare

Gila!! Keadaan Dalam Tandas Di Hotel Ini Boleh Di Lihat Dari Luar


Sebuah hotel lima bintang di New York ini menjadi pusat perhatian kerana menawarkan pemandangan 'indah nan unik' yang mungkin belum pernah ada sebelumnya, Namun sayangnya pemandangan 'indah' tersebut bukan diberikan kepada para pelanggannya yang menginap, melainkan para pejalan kaki yang setiap hari melaluinya.

Kelab Boom Boom Room yang terletak di Standard Hotel di Manhattan, New York. Kelab ini  membolehkan para pengguna di tandas yang berada di tingkat 18 boleh dilihat oleh para penjalan kaki yang berada di bawahnya, kerana dinding tandas yang di buat dari kaca telus setinggi 10 kaki. Di sini, pengguna jalan kaki dan pelancong yang sedang berkunjung ke High Land Park, sebuah kawasan awam yang dibina di sebuah pusat Kereta Api bersejarah, boleh dengan mudah melihat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pengguna di dalam tandas hotel tersebut, mulai buang air besar, kencing, hinggakan mandi.









Petua Hilangkan Ulser


utusan malaysia terkini

Petua Hilangkan Ulser


Info Menarik & Cerita Menarik

Petua Hilangkan Ulser


kecutkan ulser mulut 300x168 Petua Kecutkan Ulser Mulut
Ulser mulut (mata ikan) – tompokon putih di dalam mulut akibat tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus, kekurangan zat besi, asid folik & vitamin B 12. Ia boleh juga disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti tergigit lidah, bibir atau terjatuh.
Biasanya ulser mulut ni sembuh atau hilang dalam seminggu tapi kita akan sukar nak makan atau minum, pedih la. Kadang-kala, rasa macam tak nak langsung sumbat apa-apa dalam mulut.
Ada beberapa cara nak hilangkan ulser mulut ni.
bonjela 150x150 Petua Kecutkan Ulser Mulut
1) Sapu ubat Bonjela. Boleh dibeli di kebanyakan farmasi, rasanya sejuk selepas disapu.

ulser mulut2 150x150 Petua Kecutkan Ulser Mulut
2) Makan aiskrim. Agak pedih, tapi boleh cepat kecutkan ulser mulut.
ulser mulut3 150x150 Petua Kecutkan Ulser Mulut
3) Kumur dengan air garam. Memang pedih, tapi lama-lama akan kurang sikit.
ulser mulut4 150x150 Petua Kecutkan Ulser Mulut
4) Sapu getah batang keladi. Ia cepat kecutkan ulser mulut ni.

ulser mulut5 150x150 Petua Kecutkan Ulser Mulut
5) Sapu kapur makan. Petua orang tua-tua.