Thursday, May 1, 2014

Demi anak, wanita sewa gunung


utusan malaysia terkini

Demi anak, wanita sewa gunung


indah.com

Demi anak, wanita sewa gunung

Anak ini diseawakan gunug oleh ibunya (Foto:Express) 
  Anak ini disewakan gunung oleh ibunya (Foto:Express) 
 CHONGQING - Seorang ibu yang sangat kaya raya asal China, sengaja menyewa sebuah pergunungan untuk puterinya boleh belajar tentang alam.

Gan Lin, menghabiskan wang sebesar 3.000 poundsterling      tiap bulannya untuk menyewa sebuah gunung, peternakan, dan juga ladang seluas 1.3 hektare (ha).

Wanita yang pernah bekerja sebagai guru ini rela menghabiskan wang banyak hanya untuk membantu puterinya, Gan Gan Yin, belajar mengenai alam dengan cara menanam sayur atau berternak.

"Saya berfikir ini adalah cara yang terbaik agar anak saya mendapatkan ilmu tentang alam," ujar Gan Lin. Demikian dilansir Express, Selasa(29/4/2014).

"Pengetahuan tentang alam sangat sedikit diketahui oleh anak-anak di kota. Ini adalah idea yang baik untuk mengajarkan mereka tentang alam langsung ke tempatnya daripada di kelas," kata dia.

Setiap hari  pulang dari sekolah, puterinya dan teman-teman sekelasnya pergi ke gunung di mana mereka boleh mempelajari tumbuhan dan hewan. Mereka juga bermain di padang rumput.






Suami isteri Afghanistan potong cuping telinga dan hidung ulama


utusan malaysia terkini

Suami isteri Afghanistan potong cuping telinga dan hidung ulama


indah.com

Suami isteri Afghanistan potong cuping telinga dan hidung ulama

01 Mei 2014
Suami istri Afghanistan potong kuping dan hidung ulama
Gambar hiasan  ©2012 Merdeka.com
Suami isteri dari Afghanistan memotong telinga dan hidung seorang ulama. Mereka melakukan ini untuk membalas perlakuan dia sebab telah memperkosa puteri keduanya.

Surat khabar New York Daily News melaporkan, pada Khamis (1/5), Abdul Qahar dan Sultana mengaku telah mengoyak dua anggota ulama itu lantaran puterinya mengadu yang dia telah dinodai oleh pelaku. "Saya undang pelaku ke rumah untuk makan malam sebelum menjalankan rancangan  itu," ujar Qahar.

Qahar sedang  ditahan di balai polis  Wilayah Baghlan Utara mengatakan dia tidak tahu kemana potongan hidung dan telinga milik ulama itu. Dia percaya sudah dimakan kucing.
Jurucakap Polis, Ahmad Jawid Basharat mengatakan Qahar mengikat tangan dan kaki ulama itu lantaran dendam anak gadisnya usia 14 tahun digerayangi. Namun ulama itu menyangkal telah berbuat hal memalukan itu.
Polis  sedang menyiasat kes  ini.Merdeka.com






Sah ada pengundi hantu, PKR batal keputusan Batang Sadong


utusan malaysia terkini

Sah ada pengundi hantu, PKR batal keputusan Batang Sadong


indah.com

Sah ada pengundi hantu, PKR batal keputusan Batang Sadong

OLEH JAMILAH KAMARUDIN May 01, 2014
Pengawas pemilihan Cabang Batang Sadong digantung daripada tugas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul. Gambar fail.Pengawas pemilihan Cabang Batang Sadong digantung daripada tugas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul. Gambar fail. PKR membatalkan keputusan pemilihan Cabang Batang Sadong di Sarawak selepas mendapati berlakunya penipuan semasa proses undian minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul, berkata pihaknya turut menggantung pengawas pemilihan daripada tugas dan mencadangkan kepada Jawatankuasa Disiplin supaya mengambil tindakan terhadap sekumpulan pemimpin cabang yang menang tanpa bertanding untuk dipecat daripada parti.
"Apa yang berlaku di Batang Sadong adalah jumlah ahli yang keluar mengundi tidak sama dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan.

 "Paten (corak) yang ditulis ni adalah orang yang sama, jadi banyak hantu yang pergi (mengundi)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur, hari ini.
Johari berkata, keputusan dibuat selepas pihaknya mendapati banyak unsur keraguan berlaku sepanjang proses undian.
Katanya, pengawas pemilihan yang terlibat itu sendiri mengakui kepada JPP beliau dikompromi oleh calon yang bertanding.

"Tetapi kita masih siasat adakah dia buat ini atas arahan atau rela hati atau dibayar, kita tidak tahu lagi.
"Keputusan JPP semalam, pengawas yang kita sendiri lantik ini akan digantung tugas dan dihalang daripada mengambil mana-mana bahagian sepanjang pemilihan berlangsung," katanya.
Bagaimanapun, katanya, JPP masih menyiasat pihak yang menjadi dalang penipuan sehingga menyebabkan terjadinya insiden terbabit namun menjamin ia akan dapat diketahui dalam masa terdekat.

Beliau berkata, beberapa saksi termasuk mereka yang tidak pernah mengundi juga sudah memberikan kenyataan dan bersedia dipanggil untuk siasatan.
Sehubungan itu, katanya, beliau memberi amaran kepada individu yang menjadi dalang penipuan itu pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas walaupun mereka adalah pimpinan atasan.
"Kami sedang perhatikan anda dan kita akan siasat tanpa gentar atau pilih kasih.

"Anda harus sedar ahli yang berada di bawah memerlukan pemimpin yang benar-benar layak tetapi kalau anda ada duit dan anda dibayar maka tiada bezanya anda dengan BN," katanya.
Selain Batang Sadong, Johari turut mengakui beberapa kawasan lain sedang dalam perhatian serius dan disyaki mengalami insiden sama, iaitu satu di Semenanjung dan satu lagi kawasan di Sarawak.

Johari bagaimanapun menafikan JPP sama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang membuat keputusan atas tekanan politik.
Katanya, satu skuad khas dibentuk bertujuan memantau dan merakam proses pemilihan dan bergerak secara sulit bagi memastikan bukti yang diperolehi benar-benar sah.
"Setakat ini saya harap Batang Sadong akan jadi yang terakhir tetapi tidak bermakna kita berhenti siasat di situ," katanya. – 1 Mei, 2014.
The Malaysian Insider






Remaja Di Gantung Kerana Menjalinkan Hubungan Cinta Dengan Gadis Berkasta Tinggi


utusan malaysia terkini

Remaja Di Gantung Kerana Menjalinkan Hubungan Cinta Dengan Gadis Berkasta Tinggi


dairishare

Remaja Di Gantung Kerana Menjalinkan Hubungan Cinta Dengan Gadis Berkasta Tinggi

Penduduk Desa Kharda, Bahagian Maharashtra, India menggantung seorang remaja lelaki. Kerana beliau menjalin hubungan cinta dengan gadis berkasta lebih tinggi darinya.

Akhbar Times of India melaporkan, Khamis (1/5), remaja itu pada awalnya dicekik sebelum akhirnya di gantung. Polis telah menahan dua orang abang gadis tersebut dan seorang rakan mereka. "Mereka menangkap ketita tengah berdua-duaan dan lantas memukul beliau," ujar salah seorang penyiasat polis "Dheeraj Patil".

Pemuda itu dicekik dan dibawa ke lombong. Suspek kemudian menggantungnya hingga mati.

Kasta atau perbezaan darjat masih banyak diamalkan di India bahkan di kehidupan seharian. Kasta mempengaruhi sebuah perkahwinan, pencarian kerja, pemilikan tanah, pendidikan, dan sebagainya.

Sejak dulu pembunuhan atas perbezaan kasta sudah terjadi dengan alasan demi kehormatan dan harga diri sebuah keluarga.

Polis masih memburu suspek lain yang terlibat dalam pembunuhan itu.






Remaja digantung sebab cintai gadis beza kasta


utusan malaysia terkini

Remaja digantung sebab cintai gadis beza kasta


indah.com

Remaja digantung sebab cintai gadis beza kasta

1 Mei 2014
Remaja India digantung sebab cintai gadis beda kasta
gantung diri. shutterstock  gambar hiasan
Warga Desa Kharda, Negara   Maharashtra, India menggantung seorang remaja lelaki. Ini disebabkan dia menjalin cinta dengan gadis berkasta lebih tinggi darinya.
Surat khabar Times of India melaporkan, Khamis (1/5), remaja itu awalnya dicekik sebelum akhirnya mati terlilit tali. Polis  sudah menahan dua orang abang gadis tersebut dan satu rakan mereka. "Mereka menangkap korban yang sedang berduaan dan terus melakukan kekerasan," ujar salah seorang penyiasat  polis Dheeraj Patil.

Si pemuda lalu dicekik dan dililitkan ke tali. Para suspek lalu menggantungnya hingga mati .
Kasta atau pembedaan kelas masih banyak dipraktikkan di India bahkan di kehidupan sehari-hari. Kasta mempengaruhi sebuah pernikahan, pencarian kerja, kepemilikan tanah, pendidikan, dan sebagainya. Sejak dulu pembunuhan atas perbedaan kasta sudah terjadi dengan alasan demi kehormatan dan harga diri sebuah keluarga.
Polis masih memburu suspek lain ikut andil dalam pembunuhan itu.Merdeka.com 






Laporan langsung Himpunan 501 Bantah GST


utusan malaysia terkini

Laporan langsung Himpunan 501 Bantah GST


indah.com

Laporan langsung Himpunan 501 Bantah GST

HARAKAHDAILY | 01 Mei 2014.

KUALA LUMPUR: Kota raya Kuala Lumpur dibanjiri para peserta Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka mula berkumpul sejak subuh lagi.

Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.

Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.

Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.

GST diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.

LAPORAN LANGSUNG
Baca seterusnya






Inilah Wajah Pelakon Di Sebalik Topeng Dalam Filem-Filem Terhebat


utusan malaysia terkini

Inilah Wajah Pelakon Di Sebalik Topeng Dalam Filem-Filem Terhebat


dairishare

Inilah Wajah Pelakon Di Sebalik Topeng Dalam Filem-Filem Terhebat

Inilah pelakon di sebalik filem terkenal yang mungkin anda semua Belum Tahu